Pages

Water Glassing : cara menyimpan telur untuk jangka panjang.

 Apa nak buat jika terbeli telur dengan banyak, tapi tak cukup nak simpan dalam peti sejuk. Atau ayam peliharaan bertelur dengan banyak. Nak simpan semua dalam peti sejuk, lama kelamaan telur akan mengering juga.

Di Barat, masyarakat tradisional menggunakan kaedah "water glassing" untuk menyimpan telur. Ayam-ayam mereka akan bertelur dengan banyak pada musim bunga, namun tidak bertelur pada musim sejuk. Jadi mereka menggunakan kaedah ini untuk menyimpan telur untuk kegunaan musim sejuk kelak.



klik gambar untuk melihat post asal

"Water glassing" bukanlah proses untuk membuat telur asin. Telur yang di simpan tidak akan menjadi masin. Ia akan kekal jadi telur macam biasa sahaja. Bila nak guna telur, hanya perlu ambil bilangan telur yang diperlukan dari bekas, cuci dengan air biasa, dan terus guna macam biasa.

Bagaimana nak "water glassing"

Hanya 2 bahan yang diperlukan dalam "water glassing" iaitu air dan pickling lime. Pickling lime ni bukan limau kasturi ya, tapi sejenis kapur. Lime yang digunakan perlulah food grade, ada lime untuk pertanian ya kawan kawan. Jadi masa nak beli tu baca elok-elok.

Pickling lime  atau hydrated lime  bukanlah bahan kimia yang menakutkan. Secara tradisional, ia dihasilkan dengan membakar cengkerang haiwan, dan di rendam di dalam air, itu lah yang menyebabkan namanya hydrated.

Contoh pickling lime untuk water glassing.

Ratio bancuhan air water glassing ialah 1 liter air dan 250g pickling lime.
Hanya perlu bancuh dengan air pada suhu bilik, dan sehingga larut. Bancuhan akan berwarna seperti susu. Kemudian boleh masukkan telur. Larutan lime  boleh di bancuh banyak, dan di isi di dalam bekas simpanan. Telur boleh di tambah setiap hari apabila dapat telur baru. Apabila bekas simpanan telah penuh, boleh buat satu lagi larutan lime  dan mulakan bekas yang baru. Tutup bekas simpanan untuk mengelakkan larutan dari mengering. Simpan ditempat yang tidak terkena matahari direct,  dan tidak panas. Tidak perlu simpan dalam peti sejuk.

Telur perlulah fresh dan tidak dibasuh.

Telur yang mahu disimpan dengan cara ini perlulah telur segar, telur yang dikutip pada hari ini atau semalam sahaja. Dan ianya tidak boleh dibasuh. Sekiranya telur dibasuh, ia akan membuka liang pori pada permukaan telur, dan larutan lime  akan meresap masuk ke dalam telur, dan mengakibatkan telur rosak dan busuk. Sekiranya telur kotor, hanya berus lembut untuk menghilangkan kotoran. Larutan lime tidak akan meresap masuk kedalam telur sekiranya lapisan luaran telur tidak terganggu. Oleh itu, cara ini tidak boleh di buat dengan telur yang di beli dari supermarket dan pemborong telur. Kena pastikan telur yang ingin disimpan adalah segar dan tidak dibasuh.

Guna semula telur yang telah disimpan lama.

Apabila tiba masa nak menggunakan telur, apa yang perlu dibuat adalah keluarkan bilangan telur yang diperlukan, dan cuci dengan air untuk menghilangkan larutan lime dipermukaan telur untuk mengelakkan ia masuk kedalam masakan. Telur ini boleh digunakan seperti biasa sahaja. Di bawah ini adalah video perbandingan telur yang telah di simpan setahun dan telur yang baru.


Lagi video tentang water glassing


Water Glassing Eggs : Preserve Your Eggs for Winter

Old Fashion egg preservation update : 8 months later

Nota saya : secara peribadi, sekiranya anda mempunyai ternakan ayam sendiri, di Malaysia, mungkin egg preservation  tidak la terlalu penting. Ini kerana, ayam akan bertelur sepanjang tahun. Namun sekiranya anda ingin menyimpan telur ayam kampung untuk kenduri atau raya, yaaaaa sila guna teknik ini.

Bagaimana nak diy hydrated lime. Kita sembang di post lain :-) 











No comments:

Post a Comment