Pages

2 nikmat Allah yang adil : Masa dan Bahagia

Cakar otak (di pagi hari) 
(status Facebook 29 Julai 2019)
Allah tu Maha Adil. Dia takkan sukat macam mana nak masuk syurga, dengan benda yang Dia bagi tak sama rata. Kan. Contoh la duit. Takkan Allah nak sukat, berapa banyak duit ada, untuk masuk syurga. Dan mesti benda tu adalah benda yang semua orang boleh cari tanpa mengira background dan upbringing. Mesti ada sesuatu yang boleh diberi sama banyak dan boleh dicari sama dengan banyak peluang.
Puas saya fikir, benda yang saya boleh fikir adalah MASA dan KEBAHAGIAAN. Kebahagiaan ni termasuk tenang, happy, bebas.
Masa
Semua orang dapat 24jam sehari, apa yang kita buat dengan 24jam yang kita ada. Sebuk dengan urusan dunia, atau sebuk buat ibadah. Kat sini baru saya betul faham phrase yang saya dengar zaman sekolah dulu "jadikan kerja itu satu ibadah" supaya kita sentiasa dalam ibadah. Maka 24jam kita, habis dengan ibadah. Nak solat sunat 24 jam sehari tak mampu ler pulak kan.
So, how nak kerja dalam ibadah?
1. Pilih pekerjaan, supaya kita boleh niat "bismillah, aku kerja hari ni lillahitaala" masa nak start kerja.
That's why jangan pilih kerjaya mencuri, kita takleh nak sebut "Bismillah" masa nak pecah masuk rumah orang. Jangan makan rasuah, sbb kita tak leh nak sebut "Bismillah, sahaha aku terima duit suap ini kerana Allah. Semoga Allah memberkahi Tuan kerana bagi duit haram ni ke saya"
2. Be aware of the job scope. Alhamdulillah aku buat kerja ni, akan beri manfaat kepada orang lain. Kalau petani, bayang berapa ramai boleh kenyang dengam sayur kita tanam. Kalau guru, bayang berapa ramai anak murid kita ajar membaca. Dan sebut Alhamdulillah sbb kita diberi peluang membuat ibadah ini.
3. Keep on improving our job, walaupun rasa ala gaji tetap, buat lebih pun bukan dapat gaji lebih. Kena ingat, pada gaji ada berkat. Gaji yang tak berkat, berpuluh ribu pun hilang tanpa jejak. Gaji sikit walaupun berkat, beli makanan ciput dan nampak takde zat di mata orang lain, pun berkat dan anak2 menjadi sihat dan soleh.

Bahagia
Bahagia ni, menurut ramai agamawan dan ahli motivasi, is something you choose for yourself. Pendek kata, bahagia  adalah benda dari dalam hati, dan tidak di pengaruhi oleh faktor luaran.

Kalau Allah bagi nikmat wang sebagai tanda ukur Allah beri nikmat, maka orang yang tak berwang tak dapat rahmat Allah?
Kalau Allah cakap anak itu adalah nikmat, maka orang yang tak kawen, or tak dapat anak, adalah orang yang tak dapat rahmat Allah ke?

Maka saya rasa, nikmat Allah ialah bahagia. Bahagia ni boleh dicari dalam setiap liku kehidupan. Ada wang ke, takde ke. Ada anak ke takde ke. Ada rumah sendiri ke sewa ke. Dok bandar ke kampung ke. Semua orang mempunyai peluang yang sama untuk memilih kebahagiaan.

Untuk bahagia, kita cerita lain kali. Secara ringkasnya, nak bahagia kena start dengan syukur. Terlampau banyak rahmat Allah disekeliling kita yang boleh disyukuri. Aggota badan, ahli keluarga, tahap kesihatan.
(Up level punya orang bersyukur, even tak sihat dan ada ujian pun bersyukur. kita yang belum mahir ni, boleh start dengan syukur benda nampak sekeliling).

No comments:

Post a Comment