Pages

Compost tower untuk rumput

Saya punya compost tower terbalik. Compost tower ni, dibuat dengan jaring plastik dan di ikat dengan twist tie aje. Saya kumpulkan rumput yang di tebas oleh suami saya dan masukkan dalam tower ni. Nanti dia dah mereput semua, dah jadi macam tanah, boleh dibuat medium semaian yang subur.


Berat rupanya,walaupun rumput aje. Saya tak boleh nak angkat terus bagi tegak. Kena gali dulu dengan cangkul kecil, keluarkan semua rumput ini baru boleh tegakkan semula tower.
Walaupun baru seminggu di kompos, bahagian dalam timbunan rumput ini terasa suam panas. Maknanya ada proses pereputan dan penguraian berlaku. Di berlakang tu, anak ke tiga saya, baru balik mandi sungai, sambung beri makan ikan di kolam. 


Selepas di tegakkan semula, isi balik semua rumput yang dah separa terurai tu ke dalam tower. Hari mula saya buat tower ni, saya isi sehingga penuh. Tapi ni dah susut, maknanya ada dah yang terurai.


Hari ni pun ada menebas rumput lagi. Jadi saya isi lagi bagi penuh. Nanti, saya akan buat tower kedua, masih banyak lagi rumput yang nak di manfaatkan.
Saya ada satu tower lagi sebegini, untuk sisa dapur. Dan saya layerkan dengan daun kering. Jadi tidak la busuk. Seminggu sekali, tambah daun kering ke dalam tower sisa makanan. Lagi banyak daun kering, lagi tidak berbau. Cuba la.


Dalam masa yang sama, anak yang ketiga tadi, sempat buatkan emak rantaian bunga dengan bunga melur. Wangi semerbak. 

No comments:

Post a Comment