Pages

Kalau arnab tak makan pellet, dia nak makan apa.

Teks dan Foto : Liyana Anaqi

Dalam kebun kecil kami, ada membela arnab. Sejak dari kami tinggal di apartment tingkat 5, kami sudah membela arnab. Ada banyak episod arnab-arnab kami habis mati dikerjakan anjing liar, tapi kami masih lagi terus membela. Sunyilah tiada pet.

Pada mula-mula membela dahulu, kami memberi makan arnab kami seperti orang lain juga, pellet makanan arnab. Kemudian apabila pindah ke rumah yang berhalaman, kami buatkan reban di luar rumah. Ketika itu saya terfikirkan makanan lain untuk arnab. Setelah saya research, ada suggestion untuk menambahkan diet rumput kepada arnab, dan rumputnya bernama Thompson Weed. Antara kebaikkannya ialah, mengasah gigi arnab, supaya mengunyah rumput kering. Tapi, saya agak terkejut dengan harganya, huhu. Wah lagi mahal dari pellet! Untuk kali itu, tetaplah saya belikan juga. Namun malang sekali, sedikit pun arnab tak berminat.Amboi-amboi, dah la mahal, memilih pula.

Maka, saya teruskan research. Di satu forum antarabangsa ada menyatakan bahawa mana-mana lawn grass boleh sahaja diberikan kepada arnab. Wah ini sudah bagus. Selama ini saya cuma tambahkan sayur-sayuran seperti kangkung dan sayur 'reject' dari pasar. Saya cuba gunting sedikit rumput di halaman dan berikan pada arnab-arnab. Yay! semua suka, berebut-rebut makan rumput.


Jadi, setiap petang, saya akan gunting sepongkes rumput untuk santapan arnab. Sekiranya rajin, saya akan gunting satu pongkes di sebelah pagi. Buat masa sekarang, saya cuma ada dua ekor arnab dewasa. Sepongkes pun makan tak habis. Lagi banyak yang mengering dalam kawasan dia dari yang dimakan. Kali ini, kawasan yang digunting ada pokok keledek, maka berlaukkan keledek lah mereka.


Ini kawasan yang digunting mengikut giliran. Memang sengaja kami simpankan rumput memanjang, agar tidak putus bekalan rumput arnab. Pokok keledek yang bermaharajalela itu pun di cantas untuk santapan arnab juga. Don't worry, keledek hanya berisi di tempat yang kita cucuk semasa tanam, yang merebak tu takkan berisi, cantaskan aje (selepas kutip pucuknya buat gulai).

Pellet pula bagaimana? Oh ya, selepas kami berjumpa dengan pakcik yang pernah membela arnab daging, dia mencadangkan untuk memberi makan gandum menggantikan pellet. Arnab yang makan gandum, makan kurang (gandum lebih mengenyangkan dari pellet), dan berak kurang (pellet mengandungi banyak fillers, lagi banyak, lagi banyaklah yang dibuang). Bulu makin cantik. Selain gandum dan rumput, sekiranya ada buah-buahan (samada yang buruk, lebam atau sisa), kai berikan juga kepada arnab. Tak memilih, makan aje.

Setakat ini, seronok membela arnab yang tahan lasak sebegini. Boleh berhujan panas, dan makan pun benda-benda yang senang disediakan. (Oh ya, harga gandum adalah 1/4 dari harga pellet untuk kuantiti yang sama, tapi bertahan lebih lama)

Yang pakai topi petani kadang-kadang,
Liyana Anaqi

No comments:

Post a Comment