Pages

Ibrah banjir


Hari ni kami pun cuci lantai gak. Bukan sebab banjir. Tapi nak pindah rumah dah. Semoga sempat pindah dalam tahun ni gak.

Cem biasa, otak takleh diamku, merata dia pikir. Hari ni terfikir pasal kesah kesah awang hitam yang tidak amanah dalam menyampaikan bantuan banjir.

Betapa Allah tu Maha Adil, dan tidak tidur. Semua yang Allah beri, akan sampai kepada yang berhak. Wajib. Sentiasa.

Contoh :

Aliran darah dalam pembuluh darah kita ni, dia bawak sesuatu yang berharga, iaitu oksigen. Oksigen ni di ambil di peparu, pastu bawak ke rumah pam (jantung), pastu pew pew di tembak ke seluruh anggota badan.

Urat darah plak, ada yang besar-besar, macam highway, pastu ada sedang-sedang, macam jalan bandar, sampai sekecik-kecik, jalan lorong taman. Manakala setiap sel pula, macam rumah-rumah. Sel darah merah angkut oksigen dari sumber (peparu), lalu rumah pam (jantung), dan hantar ke sel sel (rumah-rumah).

Cer bayangkan setiap cabang jalan, dari highway ke jalan bandar, dia punya penjaga tak amanah dan tak adil. Dia nak hoard ke dia ja. Apa kesah nun sel sel sana.

Semua2 sel dalam badan adalah sangat amanah. Dia amik apa dia perlu. Yang lain akan pergi ke next rumah.

Saya la (dengan naivenya), dok kata kalau la every peringkat tu amanah, harus senang dan lancar bantuan nak sampai ke mangsa.

But no. Kita adalah makhluk yang ada nafsu. Mata rambang, hati meluap2 tamak, selesai. Sodaqallahulazim.

Makanya, kita punya ujian adalah menahan dan melawan nafsu ni. Dapat pahala ok, bukan free free aje. Bukan dengan berbuat baik je dapat pahala, tahan diri dari buat jahat juga dapat pahala.

🌷🌷🌷

Next, nampak tak betapa Allah ni all knowing, A'liman, semua tau. Dan maha adil. Dia sentiasa bagi yang hak pada yang hak (paham no). 

Allah sentiasa bagi yang kita perlu, bukan yang kita mahu. Contoh darah tadi. Kita suka makan kan, kata la kalau perjalanan darah tu adalah mengikut kita punya nak, mesti kita mau semua oksigen tu pi perut, sebab kita suka makan, bagi cerna cepat2, satgi bleh makan lagi. Tapi, tak. Allah pastikan oksigen tu pi tempat lain gak, pi otak supaya berfikir pun ye.

Maknanya, semua yang Allah bagi, yang Allah tak bagi, adalah dalam pengetahuan Allah, dan adalah yang paling sesuai bagi kita, pada ketika itu. 100% perfect. 100% the best. 100% betul. Takde keraguan padanya.

Sekiranya Allah boleh atur darah punya perjalanan, seluruh makhluk berdarah atas muka bumi ni. What makes you think, Allah terlupa or tersilap dalam mengatur hidup kita? There is no doubt whatsoever, yang Allah IS the best planner, IS the best giver.

🌷🌷

Ada banyak ketenangan yang datang sekiranya kita boleh grasp fakta ni. Next write up la. Bila bila rajin, baru tulis. Apa ketenangan yang dapat bila menerima fakta ni.

🌷🌷 

Semoga geng basuh rumah, dipermudahkan urusan. Semoga Allah ganti kehilangan korang dengan yang lebih baik atas kesabaran korang.

No comments:

Post a Comment