Pages

Apa itu Essential Oil? Siapa guna?


Sekarang ni bukan lagi rahsia, bahawa essential oil dah jadi alternatif kepada banyak benda dalam rumah. Essential adalah lebih selamat di gunakan dan memberikan kesan yang sama baik, malah adakalanya lebih baik dari pencuci komersial yang kita selalu guna sebelum ini.

Banyak company telah cuba menggunakan bahan yang less harsh untuk memenuhi permintaan dari masyarakat yang kian celik tentang keselamatan produk penjagaan diri dan rumah.


Apa itu Essential Oil?


Essential Oil adalah ekstrak dari pokok. Ianya adalah bahan yang powerful dalam pokok tu, dan kita gunakan untuk manfaat kita. EO di ekstrak dari buah, bunga, batang, akar, dan getah pokok. EO adalah 100% plant base, tiada sumber haiwan.Contohnya, essential oil Lavender, di ekstrak dari bunga Lavender. Frankincense di ekstrak dari getah pokok Frankincense (frank juga di kenali sebagai luban, getah yang selalu orang bawa balik dari Mekah, kita kunyah2 untuk bagi wangi mulut)

Siapa yang dah guna essential oil?


Sebenarnya Essential Oil ni tak asing pun dengan orang Malaysia, saya Melayu, saya tau Melayu tak asing dengan essential oil. Bila wanita lepas bersalin, kita akan dimandikan dengan air rebusan daun-daun untuk menyegarkan badan. Bila kita sakit urat, nenek moyang kita akan masak herba-herba dan daun untuk jadikan minyak urut. Ini adalah salah satu cara ekstrak bahan berharga dari dalam tumbuhan, pindahkan ke air/minyak, dan kita guna kepada badan kita.

Cumanya Essential Oil ni, compound yang di ingini dalam tumbuhan tu dah sedia di ekstrak dan duduk dalam botol dah.

Dalam kerajaan lama, firaun-firaun di tanam bersama minyak pati Myrrh, Frankincense dimana ianya di anggap satu komoditi yang berharga pada zaman tu.

Malah Laluan Sutera yang menghubungkan timur dan barat juga di wujudkan untuk melakukan trading rempah. Sebab, rempah adalah sangat berharga sebagai flavourings kepada makanan dan juga membantu menjaga kesihatan.

Kini kita dah boleh dapat kebaikan rempah dan myrrh dan frankincense, di dalam botol sahaja.

Sebab tu la saya suka sangat essential oil

Sebab ia memudahkan hidup saya. Kalau dulu, saya kena sagat kulit lemon kedalam air spray saya untuk dapatkan aroma lemon, kini saya boleh drop aje Lemon eo dalam spray dapur saya. Bila anak saya perlukan mandian lemon, dah tak payah keluar beli lemon, dan potong. Kini, "Lemon" dah sentiasa tersedia dalam botol. Saya cuma drop Lemon dan garam dalam air mandian anak-anak.

Kenapa saya boleh terjebak dengan Essential Oil?

Sebenarnya, sebelum saya tahu pasal Young Living pun, kami sekeluarga telah memulakan clean living secara berdikit-dikit. Kami tak pakai pewangi rumah, sebab tahu toxic nya. Dan kami guna sabun-sabun yang biodegradable. Masa saya mula-mula masuk YL, saya hanya nampak ia as salah satu variety yang saya nak tambah dalam kedai saya (saya pernah ada butik dan kedai online). Later, saya yang jatuh cinta dengan essential oil, kerana ia fit dalam lifestyle yang saya cuba buat untuk keluarga saya; selamat dan bersih dari bahan kimia keras.

Kini, saya pun dah jadi promoter untuk essential oil 😁

Next, kita akan cakap pasal jaminan ketulinan Young Living, di post yang lain.





Untuk yang belum menjadi member, dan belum kenal Young Living tu apa, korang boleh round tengok produk yang Young Living tawarkan di:
bit.ly/StartOilingNow

No comments:

Post a Comment