Pages

Tetamu tidak diundang. Pastu mati pulak

 Last week, kami dikejutkan dengan sekor babi yang besar, full grown, mati kat kebun. Asalnya saya tak perasan pun ada babi kat situ. Rumput panjang. Saya dan anak, Altaf (8yo) pergi ke sungai untuk check paip air, mungkin tersumbat sebab air tak keluar di kolam. Masa jalan pergi, langsung tak perasan. Masa jalan balik, Altaf ternampak "eh babi". Kita, bila nampak babi, dia punya instict tu nak lari je ๐Ÿ˜†. Takmo tunggu dah. Nasib baik sempat toleh sekali lagi. Ohh babi yang dah mati. Tadak bau lagi masa tu, mungkin baru mati.

Dah la mati bawah pokok pulasan.

Nak di uruskan pada hari tu, hujan pulak, so takde buat apa-apa. 3 hari tak pergi kebun, dok bajet habisla bau busuk ya ampun la masa pergi nanti. Alih-alih, babi tu dah decompose habis, tinggal tulang je dah. Dalam masa 4 hari je. Terkejut gak la saya.

Tinggal tulang dah dalam masa 4 hari. Dahsyat warga hutan.

Ingatkan habis dah hal-hal babi ni, tup tup ada surprise baru. Anak babi mati betul-betul depan pintu rumah. Babi yang mati bawah pokok tu, selalu je datang sini, makan kompos. Bawak anak 11 ekor. Jangan la semua 11 ekor nak datang mati kat sini huhu.

Baru sangat mati, takde bau, tak de ulat lagi. Betul-betul tepi pintu rumah.

Saya dok bajet ni mesti ada termakan rumput beracun kat mana-mana, datang mati kat sini. Tu saya tak gemor penggunaan racun ni. Nampak macam nak matikan mahkluk perosak cam babi ni je kan. Tapi sebenarnya penggunaan racun ada banyak lagi keburukan. Cacing mati, tikus dan haiwan kecil atas dan dalam tanah mati. Sedangkan haiwan-haiwan ni la yang nak menambah baik kualiti tanah kita. Habis semua.

Alternatif kepada racun berbahaya ni, maybe boleh consider nak baca tentang JADAM dan KNF. Boleh search ya

Liyana Anaqi




No comments:

Post a Comment