Pages

Monolog : Mengubah habit

 Kita semua (at least saya la), ada habit buruk yang saya nak buang, dan ada habit baik yang saya nak terapkan. Tapi macam mana nak buat. Menukar habit adalah satu benda yang sangat susah dibuat, dan saya pula adalah seorang quitter, saya akan berhenti buat kalau tak seronok.

(A little sejarah jap ๐Ÿ˜€) Saya berkahwin umur 22 dan ada anak umur 23. Umur tu adalah umur orang berjimbaraya, pergi konsert, travel the world. Tapi masa tu saya dah ada anak. One thing bila dah ada anak, ialah kita akan start fikir macam mana nak jadi a better person kepada anak ni. Ini adalah rahmat bila ada anak. 

Jadinya macam mana nak buat? Saya masa tu dah la suka dengar lagu LinkinPark, Coldplay dan seangkatan dengannya. Masa tu Allah lorongkan saya jumpa radio IKIM. Masa saya drive pergi balik kerja, saya akan pasang radio IKIM ni. Masa mula-mula memang tak betah oi. Sempat 5 minit ja kot dengar, pastu kena ubah channel radio dah. Rasa bingit takmau dengar. Tapi takpa, saya bukan sejenis suka kondem diri sendiri. Just give a pat on the back, esok kita cuba lagi. Lama kelamaan, dari 5 minit, jadi 10 minit. Lama-lama boleh dengar keseluruhan waktu memandu. Lama-lama, dah boleh dengar dari radio di tempat kerja. Alhamdulillah. See, now satu habit baik telah terbentuk.

Sekarang ni saya tadak radio, tak dengar dah la radio. Kini habit baik yang saya usahakan ialah cuba dengar tadabbur AlQuran setiap hari. Masih ada hari yang saya culas. Tapi saya tak negative. Takpa, esok kita cuba lagi. Saya dah alami 1st hand yang mengubah habit itu susah, tapi tidak mustahil jika konsisten.

Tabiat buruk pula macam mana?

Pernah tak nak tinggal sesuatu yang kita tak suka? Saya ambil approach yang sama dengan di atas, iaitu slow-slow. Masa 2008, masa kami decide untuk revamp our family eating habit, kami decide untuk stop guna barang dari brand N ni. Ada sesetengah orang, dia boleh zapp berenti. Tapi tak dapek la untuk saya, saya tak sekuat tu. Saya slow-slow hentikan guna. Henti beli. Dari sehari minum 3 kali Nes, kurangkan jadi 2 kali, kemudian sekali. Kemudian selang sehari, selang 2 hari, selang 3 hari. Lama-lama dia akan jadi sebulan sekali, dan terus stop, Minum masa teringin ja, order kat kedai, tak beli barang bawa balik rumah. Lama-lama tak rasa teringin dah. Cara ni lambat ok. Untuk hilangkan N dari rumah saya mengambil masa satu tahun.

Cara ni sesuai untuk benda-benda yang tak serius la, macam mengubah eating habit, mengubah tabiat bangun pagi, tabiat mengemas rumah. Kalau benda-benda serius yang melibat akidah dan ibadah, tak boleh la guna cara ni, kena terus tinggal ja benda dosa.

Jangan putus asa

Sometimes memang ada rasa nak giveup bila mencuba tapi masih tak berjaya. Satu benda kita kena ingat ialah, Allah sentiasa berada bersama kita sepanjang perjalanan.  Jadinya, Allah tahu struggle kita, Dan Allah tak reward atas kejayaan, tapi atas effort. Kat sini nampak rahmat Allah. Kita berusaha ja pun dah mendapat ganjaran baik. Jadi, selagi tak putus umur, kita strive untuk jadi yang lebih baik dan lebih baik. 

Insyallah Allah permudahkan untuk kita semua

Liyana Anaqi


Keladi cantik di tepi kolam Rumah Kebun

Sempat balik visit rumah nenek. Rumah kosong tapi pokok2 buah nak kena tengokkan

Rambutan yang sarat dengan buah. Putik lagi.


No comments:

Post a Comment