Pages

Menanam bawang menggunakan hydropot.

Beberapa minggu lepas, saya dapat tahu yang penanaman bawang adalah kerja yang renyah dan menggunakan banyak tenaga. Ia perlu tanah yang poros tidak menakung air, tapi ia juga perlu banyak air, perlu di siram 2 kali sehari. Dan saya juga baru dapat tahu yang tempoh masa yang lama di perlukan untuk tuai bawang. 4 ke 6 bulan. No wonder saya asyik give up separuh jalan. Dok berasa saya punya bawang tak menjadi, padahal kena tunggu lama lagi.

Kali ini, saya cuba tanam bawang dengan kaedah hydropot, sebab malas siram 2 kali sehari. Hydropot adalah sistem pasu 2 lapis, di bawah ada air baja, dan di bahagian atas ada media penanaman, selalunya kita guna cocopeat sahaja.

Apa yang perlu di buat ialah, potong bawang melintang, potong separuh. Kemudian letak bawang tu separas dengan media tanaman. Kemudian basahkan media, tanpa membasahkan bawang tersebut. Kemudian dah boleh tinggal. Seminggu atau dua minggu sekali, sila check kandungan air baja di bawah.


Bebawang saya yang tiba-tiba penyek hari ni


Rupanya ada mahkluk yang bertenggek di atas. Ni nak kena gulai ni.


No comments:

Post a Comment