Pages

Baja organik : Kompos

Teks : Liyana Anaqi

Apabila berkebun, sudah semestinya kena mambaja. Baja apakah menjadi pilihan anda? Organik atau kimia. saya seboleh mungkin akan memilih baja organik.

Ada pelbagai pilihan baja organik di pasaran. Namun, baja organik juga boleh di proses di rumah tanpa melibatkan kos yang besar.

Salah satunya ialah baja kompos. Kompos secara ringkasnya ialah bahan makanan yang mereput dan terurai kepada bahan makanan bagi pokok pula. Proses ini di jalankan oleh microorganisma dan haiwan pemakan bawahan seperti serangga dan cacing.

Terdapat pelbagai teknik dan kaedah kompos. Anda boleh memilih cara yang sesuai untuk anda. Saya gunakan kaedah pasu atau compost pit.  Cara yang paling senang, iaitu cuma buangkan semua sampah sisa dapur ke pasu atau pit.


Di atas adalah pasu kompos kami. Sediakan satu besen kecil di tepi sinki untuk mengumpulkan sisa dapur dan sisa makanan. Setelah penuh, hanya perlu tuangkan sahaja ke dalam pasu ini. Lapiskan sisa dengan tanah atau daun kering. Sekiranya lapisan tanah ditutup rapi, dan pasu di letakkan di tempat yang kena matahari penuh, kompos tidak akan berulat dan tidak akan berbau busuk.


Ini pula satu lagi kompos saya. Hanya daun dan rumput kering di kumpulkan.

Baja kompos boleh digunakan pada  campuran tanah untuk tanaman batas dan berpasu. Ada banyak lagi cara untuk membuat pit kompos. Kompos boleh juga dibuat di dalam bekas atau tong, dan di percepatkan prosesnya dengan bantuan microorganisma.


Di atas ialah contoh kompos di dalam tong. Ia menjimatkan ruang. Untuk cara membuatnya, boleh lawati link ini : Tinyseed Permaculture



1 comment: