Pages

Monolog : Quran

 Al Quran itu buku manual kehidupan seorang Muslim.

Kalau kita beli gadget baru, esp yang kita tak biasa guna, hp, periuk nasi, slow juicer, tmx ke, apa2 la. Datang sedebuk depan kita, mula2 kita excited la tengok barang. Tapi bila nak guna, kita start cari manual, baca macam mana nak operate benda ni.
Jadi, kita baca manual DUHULU, baru GUNA barang.
Sama la AlQuran, membaca dan bertadabbur AlQuran, bukan disimpan nak buat semasa dah pencen atau dah tua. Bukan SELEPAS kita menjalani kehidupan. Sepatutnya kita baca dahulu, baru menjalani kehidupan (or baca dan sambil menjalani kehidupan)
Of course mana la reti faham Quran masa bayi dan kecik. Makanya adanya ibu bapa dan wali. Dipertanggungjawabkan keatas ibu bapa dan wali untuk "mambacakan dan menyampaikan manual kehidupan" ini kepada tanggungan masing2.
Satu point lagi ialah. Dah kita baca manual kepada gadget, adakah kita baca bahasa yang difahami supaya kita boleh operate gadget, ataupun kita gugel sepatah2 manual dalam bahasa lain yang disediakan tu, eg bahasa rusia bahasa thailand.
Tak kan. Kita baca untuk faham, supaya kita boleh guna gadget baru dengan cepat.
Tapi dengan AlQuran, kita sekadar baca aje. Tak faham pun apa di sampai. Gadget (kehidupan kita) kita guna belasah ikut dan ja. Salah suis, salah pasang.
Oleh itu, jum la baca sampai faham. Jum bertadabbur AlQuran dengan Asatizah yang pandai Bahasa Arab dan pandai Quran. Kita pun dah boleh start belajar Bahasa Arab. Bahasa lain kita bleh belajar sampai boleh bercakap, jum bahasa arab pulak
So far, saya mengikuti kelas tadabbur AlQuran per kata dengan Ghulam Al-Dakwah di Youtube, boleh search nama dia. Dan ada web Ghulam Al-Dakwah, yang telah menyenaraikan list kelas2 yang dah siap di tadabbur.


Dan saya juga guna apps Duolingo untuk spoken Arabic. Walaupun rasa meh masa mula2 guna apps ni, tapi saya tahan kan jugak 😁. Dah almost Checkpoint 2 baru tiba penggunaan ayat2 yang panjang sikit.


Platform mana lagi yang best untuk belajar Bahasa Arab, share kat komen ye, thank you




No comments:

Post a Comment