Pages

Berkawan biar beribu...



Once upon a time, saya tak la setuju sangat dengan pepatah "berkawanlah dengan penjual minyak wangi, kalau berkawan dengan tukang besi, nanti baju kita pun ikut berlubang" Atau something macam tu la pepatah tu. Otak saya cakap, eh takkan nak kawan dengan orang hebat ja, takkan nak kena isolate orang2 yang tak bagus ni. Kang derang nak kawan ngan siapa. Gini la lebih kurang apa yang saya pikir.

Tapi minggu ni, pemikiran saya berubah.

Setelah beberapa series kejadian di sekeliling saya, saya rasa memang kita kena lebihkan bergaul dengan orang yang baik-baik orang yang berjaya. Boleh aje kawan dengan lain-lain tapi letak limitasi. Imagine masa yang diluangkan bersama kawan2 tu ibarat duit. Kemanakah duit tu banyak di laburkan?

Kenapa berubah fikiran?


Minggu lepas, seorang rakan baik saya melangkah dengan lebih jauh membuka buku baru dalam hidupnya. Saya banyak berfikir setalah banyak bersembang dengan dia. Betapa circle kawan-kawan yang baru akan mengubah cara berfikir kita. Kita akan nampak dunia baru dari kaca mata kawan-kawan kita Kita akan nampak cara hidup yang berlainan dari yang kita tahu selama ini.

Jika kawan-kawan kita tu, orang yang baik-baik, kita akan nampak rutin dan habit orang baik-baik. Jika kawan-kawan kita tu orang yang berjaya, kita akan nampak apa corak pemikiran dan habit yang di buat sehingga dia berjaya.

Mungkin selama ini, kita hanya nampak hidup kita aje. Kita nampak cycle of life dengan apa yang pernah di ajar kepada kita, dan apa yang kita nampak keluarga kita buat aje. Bila berkawan dengan orang yang mempunyai background yang berlainan dengan kita, baru kita sedar "owh ada lagi dunia lain yang berbeza dari dunia yang aku ketahui selama ini" Dan sekiranya kita adalah golongan yang oppressed, terbelengu di dalam dunia kita, kita nampak owh sebenarnya ada orang lain yang bebas. Dan it was not wrong to break free as well. All I have to do is take that first step.

Sekiranya kita asyik hidup dalam dunia kita, dan berkawan dengan kawan-kawan yang hanya sefikrah dengan kita, mungkin kita akan ketinggalan dengan dunia sebenar. Mungkin kita sendiri tak tahu pun sebenarnya dunia lain tu macam mana.

Seperti biasa saya tak reti buat closure untuk pemikiran saya ni. Sebab ianya adalah thought in progress. Ia masih terngiang-ngiang di telinga dan di otak saya.

What do you think? Do you think that friendship, will somewhat shape your way of life?

Liyana Anaqi

No comments:

Post a Comment