Ya, anak-anak lelaki saya tidak bertumbuk. Gaduh pukul memukul pun jarang-jarang sekali. Tapi mak masih stress? Ya.
Saya ada 3 orang anak lelaki (setakat ini), 9, 7, dan 3 tahun. Tak gaduh ke? Gaduh. Setiap hari ada aje yang digaduhkan, cuma mereka tidak bertumbuk, tidak memukul. Kesemua anak saya suka 'gaduh mulut'. Setiap hari, riuh rumah kami dengan mereka bergaduh. Dari sekecil-kecil hal, siri kartun dah ditonton atau belum sehingga berebut bantal pun digaduhkan. Masing-masing ada pendapat sendiri, ada benda hendak disuarakan. Naik bingit telinga mak. Adakala mahu je saya suruh tumbuk ajelah, sudah-sudahlah bercakap.
Tiga anak lelaki yang banyak kerenah.
Selalunya, saya biarkan sahaja mereka mencari jalan keluar dari permasalahan yang didebatkan. Sekiranya ada ditanya, baru saya campur tangan. Dan saya sentiasa mencari peluang untuk menyelitkan sedikit pengajaran di dalam setiap konfik. Tiada pihak yang menang (kerana selalunya mereka sudah lupa punca perbahasan), dan muncul cerita lain yang lebih menarik minat, seperti cerita Nabi dan sahabat, sedikit pelajaran sains yang diselitkan.
Syukur Alhamdulillah, jarang-jarang sekali ada adegan kasar di dalam rumah. Saya masih bersyukur walaupun terpaksa menadah telinga bagai berada di mahkamah setiap hari.
No comments:
Post a Comment