Pages

Showing posts with label Essential oils. Show all posts
Showing posts with label Essential oils. Show all posts

Apa itu Essential Oil? Siapa guna?


Sekarang ni bukan lagi rahsia, bahawa essential oil dah jadi alternatif kepada banyak benda dalam rumah. Essential adalah lebih selamat di gunakan dan memberikan kesan yang sama baik, malah adakalanya lebih baik dari pencuci komersial yang kita selalu guna sebelum ini.

Banyak company telah cuba menggunakan bahan yang less harsh untuk memenuhi permintaan dari masyarakat yang kian celik tentang keselamatan produk penjagaan diri dan rumah.


Apa itu Essential Oil?


Essential Oil adalah ekstrak dari pokok. Ianya adalah bahan yang powerful dalam pokok tu, dan kita gunakan untuk manfaat kita. EO di ekstrak dari buah, bunga, batang, akar, dan getah pokok. EO adalah 100% plant base, tiada sumber haiwan.Contohnya, essential oil Lavender, di ekstrak dari bunga Lavender. Frankincense di ekstrak dari getah pokok Frankincense (frank juga di kenali sebagai luban, getah yang selalu orang bawa balik dari Mekah, kita kunyah2 untuk bagi wangi mulut)

Siapa yang dah guna essential oil?


Sebenarnya Essential Oil ni tak asing pun dengan orang Malaysia, saya Melayu, saya tau Melayu tak asing dengan essential oil. Bila wanita lepas bersalin, kita akan dimandikan dengan air rebusan daun-daun untuk menyegarkan badan. Bila kita sakit urat, nenek moyang kita akan masak herba-herba dan daun untuk jadikan minyak urut. Ini adalah salah satu cara ekstrak bahan berharga dari dalam tumbuhan, pindahkan ke air/minyak, dan kita guna kepada badan kita.

Cumanya Essential Oil ni, compound yang di ingini dalam tumbuhan tu dah sedia di ekstrak dan duduk dalam botol dah.

Dalam kerajaan lama, firaun-firaun di tanam bersama minyak pati Myrrh, Frankincense dimana ianya di anggap satu komoditi yang berharga pada zaman tu.

Malah Laluan Sutera yang menghubungkan timur dan barat juga di wujudkan untuk melakukan trading rempah. Sebab, rempah adalah sangat berharga sebagai flavourings kepada makanan dan juga membantu menjaga kesihatan.

Kini kita dah boleh dapat kebaikan rempah dan myrrh dan frankincense, di dalam botol sahaja.

Sebab tu la saya suka sangat essential oil

Sebab ia memudahkan hidup saya. Kalau dulu, saya kena sagat kulit lemon kedalam air spray saya untuk dapatkan aroma lemon, kini saya boleh drop aje Lemon eo dalam spray dapur saya. Bila anak saya perlukan mandian lemon, dah tak payah keluar beli lemon, dan potong. Kini, "Lemon" dah sentiasa tersedia dalam botol. Saya cuma drop Lemon dan garam dalam air mandian anak-anak.

Kenapa saya boleh terjebak dengan Essential Oil?

Sebenarnya, sebelum saya tahu pasal Young Living pun, kami sekeluarga telah memulakan clean living secara berdikit-dikit. Kami tak pakai pewangi rumah, sebab tahu toxic nya. Dan kami guna sabun-sabun yang biodegradable. Masa saya mula-mula masuk YL, saya hanya nampak ia as salah satu variety yang saya nak tambah dalam kedai saya (saya pernah ada butik dan kedai online). Later, saya yang jatuh cinta dengan essential oil, kerana ia fit dalam lifestyle yang saya cuba buat untuk keluarga saya; selamat dan bersih dari bahan kimia keras.

Kini, saya pun dah jadi promoter untuk essential oil 😁

Next, kita akan cakap pasal jaminan ketulinan Young Living, di post yang lain.





Untuk yang belum menjadi member, dan belum kenal Young Living tu apa, korang boleh round tengok produk yang Young Living tawarkan di:
bit.ly/StartOilingNow

Tersilap diffuse 😭


TERSILAP DIFFUSE 😭⁣
Pernah tak korang dapat pengalaman ni. Dah diffuse pastu menyesal. Baik ku sapu aje, bukan diffuse.⁣
Kesahnya camni. (Post ni di tulis pukul 8.40pg. Selapas all taufan dah berlalu)⁣
Cam biasa. Pagi Isnin saya semangat nak kerja. List To Do ada panjang. Saya takde Monday Blues. Ada Monday Rainbow aje. Bangun 4 pagi. Buat kerja2 pagi. Nampak Valor eo, minyak semangat kerja. Selalunya sapu belakang leher, pergelangan tangan. Kali ni tak cukup sapu, PI DIFFUSE PLAK DAH. Kunun nak lagi semangat.⁣
Pendek kata, what happened was.⁣
1. Anak2 bangun awal, slalu depa bangun lewat skit (or tido balik lepas subuh), so mak ada me time. Pagi ni takde.⁣
2. Pepagi hari dah gi main playground.  Pukul 8.30 dah balik berpeluh2.⁣
3. 8.30 dah makan round kedua. ⁣
4. Adli overexcited, semua benda ditumpahkan. ⁣
Pendek kata, mak dah letih. Belum pukul 9pg.⁣
Moral cerita ini, Valor jangan diffuse waktu pagi ye mak mak SAHM.⁣
#valor #essentialoil #sahm #morningroutine

Essential Oiling Selepas Hujan



Essential Oiling selepas main hujan.⁣
Lepas mandi, gosok kaki cukup2, kita oil up dulu sebelum pakai baju.⁣
Boleh dilute dan layer (mean letak/sapu satu satu eo ke badan anak). Or, hari yang tak rajin, dump semua dalam mangkuk kecik, dilute. Dan sapu seluruh badan. ⁣
Saya suka cara ni sebab senang nak dilute dan guna mana2 eo yang berkenaan.⁣
First, cari memana mangkuk kecik. Saya ada beli wheat husk punya mangkuk tapi mana pi dah. Ganti dengan mangkuk muffin silicone ni.⁣
Pump V6 (atau mana2 carrier oil) anggaran 1 ke 2 sudu besar. Pastu titik 1 ke 2 drop essential oil. Kacau2 dengan jari, pastu lumur seluruh badan anak.⁣
🌲🌲🌲⁣
Saya guna Lavender, Thieves, ImmuPower dan Mel A (Teatree) kali ni. Just in case ada budak nak gatal kaki malam kang.⁣
🌲🌲🌲⁣
Guna eo, boleh kata YES kepada banyak benda skit. Takde nak kena pedho (sekat) anak sangat. There's always an oil for that.⁣
#eesential oiling⁣
#oilinglion 

Kelas hujung minggu, AlKahf

2 hari yang padat dengan ilmu. Sabtu, dan Ahad. Kali ini membedah surah AlKahf, yang disarankan untuj dibaca setiap minggu pada hari Jumaat. Ada banyak pengajaran dan panduan darinya, dihurai satu per satu. Tidaklah saya dapat senaraikan disini pada kali ini. Terlalu berat dan padat rasanya otak saya pada ketika ini.


Sheikh Al Alaa yang menyampaikan kelas kali ini. Jangan dilupakan minyak-minyak pati yang digunakan sepanjang kelas. Highest Potential untuk saya, Stress Away untuk Aiza (dan juga seorang bayi yang saya calit juga hehe), RC untuk kecemasan jika selsema dalam penghawa dingin yang terlampau sejuk itu.

Salah satu sebab saya suka kursus yang dianjurkan oleh AlKauthar ialah mereka menyediakan Mother's Room. Jadi ibu-ibu yang mempunyai anak kecil, masih lagi berpeluang menimba ilmu tanpa meninggalkan anak di rumah.


Aiza pun boleh berjumpa kawan-kawan yang turut mengikut ibu masing-masing. Asalkan masing-masing boleh bermain dengan elok, semuanya terkawal, dan kelas boleh diikuti debgan baik.

Lepas penat bermain, apa lagi, tidurlah.


Bawa perkakasan untuk anak kecil dengan cukup ya. Apabila anak selesa, kita juga selesa mengikuti kelas. Jangan lupa calit sikit Stress Away di selimut supaya tidurnya lebih nyenyak walaupun keadaan agak cerah dan bising.

Dua hari minggu yang padat dengan ilmu berjaya ditempuhi, Alhamdulillah. Nanti saya kongsikan intipati kursus secara berperingkat ya


Petua kucing membuang di halaman

Kucing berak lagi. Punya la luas kat luar, kenapa berak di sini?

Saya tak bela kucing. Kucing yang ada cuma kucing jalanan yang datang menumpang. Keluar masuk rumah dan berehat sesuka hati.

Kemudian saya perasan, kucing sudah tidak lagi masuk ke dalam ruang tamu, hanya berlegar-legar di dapur dan porch belakang. Kenapa? Satu-satunya perkara baru yang saya buat ialah, diffuse minyak pati sahaja.

Minyak pati yang digunakan.

Rupanya, setelah membaca (membaca tentang hal lain), terjumpa informasi bahawa kucing tidak menyukai bauan yang terdapat dalam campuran ini, Cuma titikkan 2 titis ke dalam diffuser, semudah itu.

Saya juga mendapat beberapa tips baru untuk mengatasi masalah kucing berak ini di post Facebook. Semuanya tips berguna. Rupanya kucing tidak suka bauan Lavender. Baru saya tahu.


Jadi, petuanya ialah Lavender dan Purification. Bancuh sedikit Lavender dalam botol penyembur, dan semburkan di kawasan yang anda tidak mahu kucing berkeliaran. Dan Purification pula digunakan untuk menghilangkan bekas tandaan kucing terutamanya kucing jantan.

Ingin mencuba? 

Essential Oil untuk membantu sakit belakang.

Teks : Liyana Anaqi

Telah menjadi kebiasaan, sekiranya sakit, kita akan mengambil ubat-ubatan yang boleh dibeli di farmasi. Di samping ubat-ubatan yang biasa di gunakan, penggunaan minyak pati (essential oil, EO) juga boleh digandingkan untuk membantu meringankan sakit. EO dapat memberikan kelegaan pada kawasan yang sakit dan bengkak. Jom belajar bagai mana EO dapat membantu.



Sakit kronik.

Sakit yang kronik memang menggangu emosi dan kerja harian. Malah ianya memakan masa yang lama untuk sembuh. Sekiranya sakit itu berlanjutan melebihi 4 ke 6 minggu, wajarlah untuk merujuk kepada doktor. Di bawah disenaraikan beberapa essential oil yang boleh membantu isu sakit dan gangguan perasaan akibat sakit tersebut.

Basil : Memberikan tenaga dan menaikkan semangat, memberi kelegaan kepada otot dan mempunyai faedah melancarkan darah.
Clove : cengkih. Meningkatkan daya ingatan dan membantu penyembuhan yang berkaitan dengan peningkatan usia.
Lavender : Menenangkan dan memberi keseimbangan kepada badan. Sangat versetil.
Peppermint : Memberikan kesan menyejukkan badan dan menenangkan minda. Mempunyai faedah membantu mengurangkan kesakitan pada pundi hempedu.
Sandalwood : Menggalakkan kerehatan dan mengurangkan tekanan.
Wintergreen : Meningkatkan tumpuan, dan membantu mengurangkan kesakitan berkaitan dengan leher, saraf, tulang belakang, sakit carpal tunnel.

Sakit sendi dan tulang.

Terdapat banyak penyebab sakit sendi dan tulang antaranya ialah penuaan, trauma dan kecederaan. Kesakitan jenis ini adalah biasa terjadi dikalangan orang pertengahan umur kerana seiring dengan usia, badan mengalami perubahan. Walaupun, sakit ini memerlukan bantuan perubatan, namun terdapat juga EO yang boleh membantu.

Helichrysum : Membantu mengurangkan bengkak dan menyokong saraf
Idaho Balsam Fir : Melegakan kelenguhan otot, sendi, tendon dan sakit belakang.
Spruce : Melegakan sakit belakang, saki saraf sciatica dan kesakitan pada tulang.
Palo Santo : Membantu mengurangkan bengkak.

Sakit otot

Sakit-sakit dan lenguh otot, boleh terjadi akibat kemalangan , trauma atau keletihan dalam melakukan kerja harian. Berikut adalah beberapa essential oil  yang boleh digunakan untuk meringankan sakit otot.

Lime, Marjoram, Roman Chamomile. Cairkan Eo dengan carrier oil  seperti minyak kelapa dara atau minyak zaitun, dan dijadikan minyak urut.



Kesemua minyak pati di atas adalah saranan untuk membantu masalah sakit-sakit yang berkaitan dengan otot dan sakit belakang. Ia boleh di cairkan dan digunakan sebagai minyak urutan, atau sapuan, dan juga boleh di diffuse  untuk  menenangkan fikiran dan emosi yang terjejas akibat sakit. Anda boleh mencuba mana-mana satu minyak pati dahulu.