Apabila ada anak-anak di rumah, tidak boleh lari dari adanya pensel warna. Lama saya berfikir, bagaimana mahu menguruskan pensel warna anak-anak. Saya perhatikan mereka suka menggunakan hanya satu atau dua warna sahaja. Mana warna yang lain, kenapa tidak digunakan. Selama ini, semua pensel warna disimpan di dalam satu besen sahaja, bercampur-campur. Saya fikir, kena ada cara lain supaya anak-anak mudah melihat dan mencapai pensel warna.
Saya mulai mencari idea di internet, ada beberapa bekas pensel warna DIY yang saya suka. Seperti dibawah:
Nampak kemas dan tersusun, warna-warna dibahagikan mengikut jenis, mudah dilihat dan di ambil. Bekas di atas cuma menggunakan 'paper roll' tisu dapur. Cuma, pensel warna anak-anak banyak yang pendek, mesti yang pendek akan jatuh ke bawah dan sukar di capai.
Saya jumpa pula seperti di bawah ini. Cantik, dan kemas. Semua pensel, tidak kira panjang dan pendek, senang dilihat dan diambil. Cuma, masalahnya, saya jarang membeli minuman atau susu dalam botol plastik. Saya tiada bahan untuk ini. Design nya saja saya suka.
Setelah di belek timbunan barang-barang kitar semula saya, saya berpuas hati dengan kotak minuman sahaja. Kotak minuman di bahagi kepada dua bahagian dan di lekatkan bersama-sama.
Siap!. Mudah dan tiada kos. Walaupun rupanya kurang cantik berbanding dua design yang saya jumpa di internet, tetapi saya sudah berpuas hati. Anak-anak saya lebih bersemangat menggunakan pelbagai warna, bagai baru terjumpa warna-warna baru. Nanti, bila cukup botol plastik, boleh di DIY lagi ya.
No comments:
Post a Comment