Pages

Gaya hidup minimalist

Teks : Liyana Anaqi

Kini, terdapat suatu revolusi dalam trend gaya hidup, iaitu minimalist. Minimalist mulai mendapat perhatian dalam dunia yang dikuasai oleh consumerism. Dalam suasana dunia yang menjadikan pemilikan harta benda, fesyen dan gaya hidup mewah sebagai kayu ukur kejayaan hidup seseorang; minimalist mendapat tempat di hati mereka yang mencari sesuatu yang lebih bermakna di dalam hidup selain benda fizikal.

Menjadi minimalist membolehkan tumpuan diberikan kepada sesuatu yang lebih bermakna selain dari menjaga harta benda yang tidak diperlukan. Apabila banyak benda di 'buang' dari hidup, kita akan mempunyai lebih banyak masa, tenaga dan wang untuk perkara lain.




Bagaimana mahu bermula?

Sejujurnya, saya juga masih dalam proses mengurangkan barang-barang dalam rumah. Sekiranya orang lain mempunyai masalah untuk membuang harta yang disayangi kerana semua masih baru, saya pula sayang mahu membuang barang yang sudah lama. Hendak didermakan, tidak layak kerana sudah lusuh atau usang, hendak dibuang atau dikitar semula, sayang. Jadi, bagaimana?

Pertamanya, jangan membeli barangan yang tidak betul-betul perlu. Kenalpasti barangan (atau baju atau makanan) yang betul-betul perlu sahaja, baru dimasukkan dalam senarai untuk dibeli. Boleh wujudkan senarai belian ini di pintu peti sejuk, masukkan nama barangan apabila rasa perlu. Ini memudahkan ketika hendak membeli nanti, tidaklah masih berfikir apa yang perlu apa yang tidak. Ini juga mengelakkan dari membeli secara berlebihan.

Sekiranya ada sesuatu barangan yang berkenan di hati, jangan terus mengikut kata hati dan beli. Simpan dahulu hasrat itu sekurang-kurangnya seminggu, lihat dulu, pegang dulu, kenali dulu brangnya; sekiranya selepas seminggu masih lagi terasa berkenan di hati, maka belilah. Selagi boleh ditangguh, tangguhkan dulu hasrat. Adakalanya, seiring waktu, kita sudah tiada keinginan untuknya lagi.

Declutter
Decluttering adalah perkara yang sukar bagi saya. Susah bagi saya melepaskan barangan saya. Semuanya nampak berharga. Semuanya saya sayang. Jadi saya buat berdikit-dikit. Saya tidak mampu untuk declutter pada masa yang ditetapkan, jadi saya sediakan satu sistem untuk membolehkan saya 'membuang' tanpa rasa bersalah.

Saya sediakan beberapa bekas yang dikahskan untuk barangan yang perlu 'dibuang' : kertas, botol, buku, pakaian. Setiap kali saya terfikir bahawa barang ini boleh di buang, terus saya masukkan ke bekas/kotak yang disediakan. Satu bekas besar untuk mainan kanak-kanak. Saya cuba untuk kluarkan mainan secara bergilir, yang man tidak digemari anak-anak, atau rosak, terus di masukkan ke kotaknya. Apabila penuh mana-mana bekas ini, ia akan di hantar ke pusat kitar semula. Baju-baju lama juga di terima di pusat kitar semula.

Alhamdulillah, kami suami isteri bersetuju untuk meminimakan hiasan rumah dan perabot sejak awal perkahwinan, jadi kami tiada lebihan dari aspek itu.

Pengurusan pakaian akan saya bincangkan di post lain. Pakaian memang menjadi satu isu besar dalam menjadi minimalist. Bagaimana hendak mengenal pasti baju-baju yang perlu dilepaskan.



Sebenarnya apakah tujuan menjadi minimalist? Dengan berkurangnya barangan di dalam rumah, masa yang diperlukan untuk menguruskan rumah akan berkurangan. Ini akan nampak jelas jika jumlah pakaian dalam rumah yang berkurangan. Kita akan mendapat lebihan masa yang boleh digunakan untuk sesuatu yang kita suka, samada beraktiviti bersama anak-anak, membaca atau berhobi. Dengan berkurangnya pengurusan barangan dalam rumah juga bermaksud berkurangnya keperluan kewangan. Wang yang berlebihan boleh digunakan untuk melunaskan hutang, atau dikumpul untuk mengembara.

Tiada suatu jalan salah atau betul untuk menjadi minimalist. Setiap individu mempunyai personaliti berbeza dalam menentukan apa yang perlu dan apa yang tidak perlu dalam hidup masing-masing. Mungkin anda boleh mulakan dengan melihat mana-mana idola minimalist yang paling sesuai di hati anda, dan sesuaikan dengan gaya hidup anda sendiri. Ingat, setiap insan itu unik, tidak perlu mengikut 100% sesiapa pun.

Cabaran minimalist
Semua pilihan bukanlah tanpa cabaran. Sesungguhnya, kita sedang hidup dalam masyarakat yang memandang tinggi kepada perkara materialistik. Apabila membuat pilihan untuk hidup dengan lebih ringkas, pandangan serong dan tohmahan tidak dapat dielakkan. Akan ada situasi double standard apa bila orang lain hanya melihat fizikal luaran. Oleh itu, sekiranya memilih sesuatu gaya hidup, hendaklah disertakan ilmu dan azam yang kuat. Ketenagan hati apabila menjalani gaya hidup ini sangat berbaloi dengan cabaran yang dihadapi.


No comments:

Post a Comment