Pages

Mak, Ustaz kata nafsu perempuan ada 9.

Teks : Liyana Anaqi

"Mak, ustaz kata orang perempuan ada nafsu 9, orang lelaki ada nafsu 1, sebab tu orang perempuan suka membeli belah, ada banyak nak dibeli"

Saya tarik nafas, otak ligat berfikir bagaimana nak 'tackle' isu ini kepada sesuatu yang bermanfaat.

"Betullah tu, kemudian akal pula macam mana?"

"Lelaki ada 9 akal, perempuan ada 1 akal"

"Asyraf tengok ramai orang lelaki ke ramai orang perempuan yang pandai?"

"Sekolah Asyraf lagi ramai cikgu perempuan. Orang perempuan ke lagi pandai walaupun 1 akal?"

Wah, lagi ligat otak saya berlari!

Allah beri kelebihan pada orang lelaki, kerana Allah letakkan tanggungjawab besar kepada lelaki. Allah beri akal dan tenaga yang lebih, supaya orang lelaki boleh menjalankan tanggungjawabnya dengan sempurna, menjaga keluarga, masyarakat dan seterusnya agama dan negara.

Lihat contoh besar kita, siapa? Nabi Muhammad. Lelaki ke perempuan? Lelaki. Ya lelaki. Betapa bagusnya Nabi Muhammad, dapat menjaga keluarga, tetap membuat kerja-kerja rumah yang dianggap kerja perempuan, berniaga, jadi imam, malah pergi berperang. Maka sesuailah dengan 9 akalnya dan besar tenaganya. Menjadi orang lelaki, kena contohi Nabi Muhmmad, kena contohi ayah yang rajin berkerja dan menjaga kita semua.

Memang pada akhir zaman, Allah kata akan ramai manusia yang terpesong, tidak begitu menjaga agama, tidak menjaga keluarga dengan sepatutnya, tapi Mak harap anak-anak Mak akan jadi orang yang baik dan bertanggungjawab.

Asyraf faham?

Alhamdulillah, anak 9 tahun itu mengangguk dan menyebut berazam menjadi lelaki yang lebih baik.

Alhamdulillah, atas nikmat ini.

No comments:

Post a Comment