Pages

Saya dan kopi

Teks : Liyana Anaqi.

Saya penggemar kopi. Malah, semasa saya menulis entri ini, ada satu mug kopi di depan saya. Suatu masa dahulu, kopi pernah dikambing hitamkan sebagai minuman yang tidak sihat dan memberi kesan buruk ke atas minda. Sekarang tidak lagi, dari hari ke hari terdapat banyak penemuan mengatakan bahawa kopi sebenarnya memberi kesan yang baik kepada manusia. Ada juga penemuan menunjukkan kopi dapat membantu mengelakkan beberapa penyakit yang berat. Wah, ini berita baik pada saya, kerana pada masa kopi masih di pandang serong, saya tetap tidak boleh meninggalkan amalan minum kopi. Kini, "jom, ngopi!"



1. Kopi boleh meningkatkan tenaga dan menjadikan anda lebih pintar.
Kehadiran kafien di dalam kopi akan sampai ke otak dan menyekat satu hormone iaitu adenosine. Penyekatan hormon ini akan menyebabkan pertambahan kepada hormon lain iaitu norepinephrine dan dopamine. Kedua-dua hormon ini akan meningkatkan impuls otak. Ini bermakna anda lebih cerdas dan peka. Ini akan memberikan kesan ke atas daya ingatan, ketahanan, paras tenaga dan fungsi kognitif secara keseluruhannya.

2. Kopi membantu membakar lemak.
Kopi membantu meningkatkan kadar metabolik badan dan membantu pembakaran lemak. Kopi adalah salah satu di antara sumber asli yang mempunyai keupayaan ini.

3. Kafien boleh menambahkan keupayaan fizikal
Kafien meransang sistem saraf, menyebabkan  sel-sel lemak dipecahkan dan menghasilkan asid lemak bebas di dalam darah.Sumber ini memberikan tenaga ransangan kepada keupayaan badan.

4. Zat-zat lain.
Air kopi bukan sekadar air hitam yang pahit. Ia masih memiliki nutrien yang kaya dari biji kopi seperti vutamin B, manganese, potassium, dan magnesium.

5. Mengurangkan risiko penyakit berbahaya
Terdapat kajian menunjukkan meminum kopi dapat menghindarkan dari penyakit-penyakit diabetes, nyanyuk, Parkinson's dan mempunyai kesan yang baik dalam melindungi organ hati .

6. Kopi menggembirakan.
Kemurungan adalah penyakit mental yang serius dan dapat mengurangkan kualiti hidup. Kopi dapat mengurangkan kemurungan.

7. Mencegah barah,
Kopi dapat membantu mengurangkan risiko terhadap 2 jenis barah iaitu barah hati (sumber) dan barah usus (sumber)

8. Kopi adalah antioksidan terpenting di barat
Apa lagi perlu saya kata? Minum kopi, awet muda?

Tips untuk minum kopi ialah, dapatkan kopi yang sebenar. Bukan kopi segera. Bukan kopi 3-in-1. Kena bancuh kopi sendiri. Bukan sahaja rasanya lebih sedap, baunya pun lebih harum. Kopi yang telah di proses berulang kali telah kehilangan banyak khasiatnya. Oleh itu, adalah lebih baik untuk melabur kepada kopi yang baik.

Minum sedap, khasiat dapat.

2 comments:

  1. Assalamualaikum....saya pon penggemar kopi. kopi 434 antara feveret says...

    ReplyDelete