Ada apa dengan gula putih?
Gula boleh didapati di mana-mana sekarang. Hampir kesemua makanan di rak-rak pasaraya mengandungi gula tambahan. Apa keburukan gula tambahan kepada manusia?
1. Gula tambahan tidak mempunyai zat yang diperlukan oleh badan. Ia cuma kalori kosong yang tidak memberi manfaat malah boleh merosakkan gigi. Gula memberi tenaga yang mudah dihadam oleh bakteria dalam mulut
2. Gula ringkas yang berlebihan akan membebankan hati. Sebelum memasuki aliran darah, gula akan di proses kepada dua komponen iaitu glukos dan fruktos. Glukos adalah bahan yang terdapat dalam semua sel hidup di dunia. Sekiranya glukos tidak didapati dari makanan, ia akan dihasilkan di sel badan. Berlainan dengan fruktos, fruktos tidak diperlukan badan dan tiada proses badan yang memerlukan fruktos. Organ hati hanya boleh memproses suatu amaun fruktos sahaja, sekiranya berlebihan ia akan menjadi beban.
3. Gula berlebihan boleh membawa kepada kencing manis. Kita selalu dengar kenyataan ini. Bagaimana ia menyumbang kepada kencing manis? Insulin adalah hormon yang di keluarkan oleh badan sebagai isyarat kepada sel badan untuk menghadam glukos kepada tenaga, namun kehadiran glukos yang tinggi dalam aliran darah menyebabkan kitaran proses ini tidak lagi berkesan menyebabkan gula berlebihan dalam darah seterusnya di diagnos sebagai kencing manis.
Klik untuk Sumber
4. Kehadiran gula yang tinggi dalam darah bermaksud paras insulin juga akan meningkat. Insulin yang tinggi turut memberi kesan kepada tumbesaran sel kanser. Kanser adalah antara punca utama kematian di dunia
5.Gula yang berlebihan di dalam darah akan di proses kepada lemak dan di simpan. Jadi, gula berlebihan akan membawa kepada obesiti. Obesiti akan membawa kepada masalah-masalah kesihatan lain.
6. Gula berlebihan dalam makanan rapu, menjana hormon dopamin dalam otak seterusnya menyebabkan ketagihan. Jadi keinginan untuk terus memakan makanan yang tinggi gula tidak akan berhenti.
7. Gula ringkas juga menyuburkan sejenis fungi dipanggil candida di dalam perut. Sekiranya candida ini diluar kawalan, ia boleh menembusi struktur dinding perut dan memasuki aliran darah. Candida boleh menyebabkan pelbagai masalah sistem, seperti eczema, masalah kulit dan pelbagai alahan kepada makanan.
8. Terdapat banyak lagi akibat buruk dari gula seperti : penuaan, keguguran rambut, rapuh tulang, menyebabkan masalah mata.
9. Pada kebiasaannya, makanan rapulah yang mengandungi kandungan gula tinggi. Sekiranya sesorang ketagih untuk makan makanan rapu, dia akan berasa kenyang dan tidak lagi makan makanan sihat yang sepatutnya. Jadi ini akan mengurangkan kadar zat berkhasiat yang diperlukan.
Dari poin-poin di atas, adalah lebih baik sekiranya dapat mengelak dari mengambil gula secara berlebihan. Ini dapat dilakukan secara beransur-ansur, dan menggantikan gula putih kepada pemanis lain yang mempunyai nilai zat.
No comments:
Post a Comment