Pages

Pengganti gula putih

Teks : Liyana Anaqi

Sepanjang bulan Ramadhan 1437 yang lalu, kami mencuba sesuatu yang belum pernah di buat sebelum ini, iaitu hidup tanpa gula putih. Berhenti mengambil gula putih merupakan impian yang telah lama saya simpan, tapi masih belum kuat dilaksanakan.

Kami telah perlahan-lahan mengurangkan makanan yang mengandungi gula, terutamanya makanan terproses seperti biskut, roti, dan jajan. Air minuman dalam kotak dan tin adalah pantang utama. Agak terkejut saya apabila suami mencadangkan agak kami berhenti mengambil gula putih bermula Ramadhan itu. Sesungguhnya bagai orang mengantuk disorong bantal. Saya memang sudah menyediakan gula gantian iaitu gula tebu tidak diproses. Sudah lama saya simpan, akhirnya ia dapat beraksi di dapur.

Pada permulaannya, memang agak pelik rasa air teh dengan gula tidak di proses. Lama-kelamaan, agak boleh di terima. Kami juga menggunakan teh hijau, kerana teh hijau tidak perlu ditambah gula. Anak-anak agak menolak pada permulaannya, tetapi Alhamdulillah tiada bantahan.

Setelah sebulan tidak merasa gula putih, pertemuan kembali kami dengan gula putih adalah pada Syawal. Sungguh, tekak sudah tidak dapat menerima kadar kemanisan yang suatu masa dahulu dianggap biasa sahaja. Saya terpaksa membancuh air berasingan dengan ahli keluarga besar yang lain. Di dalam hati saya , wah, selama ini saya ingatkan tiada kesan, rupanya ini kesannya.

Selepas dari itu, selepas pulang semula ke rumah kami, betapa sedapnya teh hijau yang tawar itu. Terasa ringan di tekak dan menghilangkan dahaga. Saya dan keluarga juga teraa kelainan apabila memakan buah-buahan. Terasa lebih manis dan sedap.

Berikut adalah antara beberapa pilihan pemanis yang boleh di gunakan untuk menggantikan gula putih.


Madu. Sedap ditambahkan ke dalam teh dan disapu ke roti

Gula tebu tidak di proses. Boleh di dapati di pasaraya dan cosway


Gula kelapa. Dibuat dari nira kelapa yang dimasak sehingga kering.


Gula kabung. Sedap dibuat kuih muih melayu.

Mulakan secara perlahan-lahan. Objektif kami adalah untuk mengurangkan makanan manis, dan sekiranya perlukan gula, pengganti gula di atas boleh di gunakan






No comments:

Post a Comment