2 hari yang padat dengan ilmu. Sabtu, dan Ahad. Kali ini membedah surah AlKahf, yang disarankan untuj dibaca setiap minggu pada hari Jumaat. Ada banyak pengajaran dan panduan darinya, dihurai satu per satu. Tidaklah saya dapat senaraikan disini pada kali ini. Terlalu berat dan padat rasanya otak saya pada ketika ini.
Sheikh Al Alaa yang menyampaikan kelas kali ini. Jangan dilupakan minyak-minyak pati yang digunakan sepanjang kelas. Highest Potential untuk saya, Stress Away untuk Aiza (dan juga seorang bayi yang saya calit juga hehe), RC untuk kecemasan jika selsema dalam penghawa dingin yang terlampau sejuk itu.
Salah satu sebab saya suka kursus yang dianjurkan oleh AlKauthar ialah mereka menyediakan Mother's Room. Jadi ibu-ibu yang mempunyai anak kecil, masih lagi berpeluang menimba ilmu tanpa meninggalkan anak di rumah.
Aiza pun boleh berjumpa kawan-kawan yang turut mengikut ibu masing-masing. Asalkan masing-masing boleh bermain dengan elok, semuanya terkawal, dan kelas boleh diikuti debgan baik.
Lepas penat bermain, apa lagi, tidurlah.
Bawa perkakasan untuk anak kecil dengan cukup ya. Apabila anak selesa, kita juga selesa mengikuti kelas. Jangan lupa calit sikit Stress Away di selimut supaya tidurnya lebih nyenyak walaupun keadaan agak cerah dan bising.
Dua hari minggu yang padat dengan ilmu berjaya ditempuhi, Alhamdulillah. Nanti saya kongsikan intipati kursus secara berperingkat ya
No comments:
Post a Comment