Pages

Showing posts with label Peppermint. Show all posts
Showing posts with label Peppermint. Show all posts

Kalau saya boleh beli satu essential oil aje, kena beli Peppermint

My favourite oil of all

Kalau nak beli just one Essential Oil sahaja. Saya akan suggest Peppermint. Harga dia RM100 (harga member). Dan boleh support hampir seluruh sistem badan.

Feeling berangin dia tu, best bila sapu tepi dahi masa kepala rasa berat dan nak pecah. Sapu jugak belakang leher untuk rasa nyaman. Peppermint juga menyokong sistem penghadaman yang sihat. Kalau susah membuang, gosok Peppermint ikut jam ke perut. Kalau asyik membuang, gosok Peppermint lawan jam di perut.. Pendek kata kena sentiasa ada.

Peppermint juga boleh digunakan sebagai after workout rub. Berangin dan selesa. Kalau rasa lenguh selepas seharian di kebun, saya akan dilutekan Peppermint dan buat minyak urut ke kawasan yang lenguh. Lengan dan kaki. Kemudian tidur. Esok pagi bangun nyaman.

Pepermint juga datang dalam bentuk Flavouring, boleh buh dalam cupcakes dan cookies. Ada juga saya pernah makan pasta yang diperisakan dengan eo Peppermint, nice. Sedap gak. 

Peppermint juga adalah salah satu bahan dari Trio Kurus selain Lemon dan Grapefruit. Macam mana? Titiskan 1 drop setiap satu Peppermint, Lemon dan Grapefruit Flavouring ke dalam 1oz Ningxia Red, dan minum setiap hari.

Ada juga Trio Alahai  untuk kes minor ketidakselesaan harian. Campurkan Lavender, Lemon dan Peppermint, dan buat sapuan setiap hari.

Saya kena ada Peppermint selalu, sebab anak2 selalu kena tempiras. Saya guna Peppermint untuk buang.

Pada yang dah beli PSK, ada Peppermint dalam set korang. Lepas habis kena topup ok.

Pada yang belum, anda boleh round tengok betapa banyaknya produk YL dan sign up terus di link ini :



Tempiras / sekenit / tungau. Macam mana nak buang dengan senang


Saja share ngan korang, dah alang2 pi ss dari video.

Ni nama dia sekenit / tempiras / tungau. Kalau kat stray cats slalu ada. Kalau di tepi hutan ni, kalau kucing tu pi berjalan kat tempat babi selalu lalu, harus balik tu banyak sekenit kat telinga dia.

Kat anak2 saya selalu kena. Ni musim kering ni, hari2 ada. Kalau kena ni, sakit dia macam kena tikam dengan pisau. Dah la nak buang susah, selepas buang tu pun masih sakit berminggu-minggu. Kadang-kadang sampai bernanah.

Sekarang tidak lagi. Sejak saya guna essential oil, saya jumpa cara senang untuk buang tempiras ni. Dan selepas buang pun tak la sakit sangat, dan tak lama proses sembuh

Macam mana saya buang? Saya guna Peppermint eo or Rosemary or Aroma Siez or Purification. Memana la yang ada. Drop 1 drop atas dia. Tunggu jap bagi dia lepas kan gigitan dia, baru cabut. Kalau idsk, gigi dia tertinggal dalam kulit, pastu jadi gatal la nanah la. Kalau dia dok dalam telinga or kat mata, takleh drop eo, tp boleh boh eo di tapak tangan dan buat cupping di mata/telinga tu.

Kadang lepas drop kan Peppermint tu, tak payah cabut dengan gigih pun, kuis aje dia dah jatuh.

Ni ss dari video. Saya buat live demo terus camna nak cabut benda ni dalam group YL saya 😅 Nampak sangat selalu aje kena benda ni.



Essential Oil untuk membantu sakit belakang.

Teks : Liyana Anaqi

Telah menjadi kebiasaan, sekiranya sakit, kita akan mengambil ubat-ubatan yang boleh dibeli di farmasi. Di samping ubat-ubatan yang biasa di gunakan, penggunaan minyak pati (essential oil, EO) juga boleh digandingkan untuk membantu meringankan sakit. EO dapat memberikan kelegaan pada kawasan yang sakit dan bengkak. Jom belajar bagai mana EO dapat membantu.



Sakit kronik.

Sakit yang kronik memang menggangu emosi dan kerja harian. Malah ianya memakan masa yang lama untuk sembuh. Sekiranya sakit itu berlanjutan melebihi 4 ke 6 minggu, wajarlah untuk merujuk kepada doktor. Di bawah disenaraikan beberapa essential oil yang boleh membantu isu sakit dan gangguan perasaan akibat sakit tersebut.

Basil : Memberikan tenaga dan menaikkan semangat, memberi kelegaan kepada otot dan mempunyai faedah melancarkan darah.
Clove : cengkih. Meningkatkan daya ingatan dan membantu penyembuhan yang berkaitan dengan peningkatan usia.
Lavender : Menenangkan dan memberi keseimbangan kepada badan. Sangat versetil.
Peppermint : Memberikan kesan menyejukkan badan dan menenangkan minda. Mempunyai faedah membantu mengurangkan kesakitan pada pundi hempedu.
Sandalwood : Menggalakkan kerehatan dan mengurangkan tekanan.
Wintergreen : Meningkatkan tumpuan, dan membantu mengurangkan kesakitan berkaitan dengan leher, saraf, tulang belakang, sakit carpal tunnel.

Sakit sendi dan tulang.

Terdapat banyak penyebab sakit sendi dan tulang antaranya ialah penuaan, trauma dan kecederaan. Kesakitan jenis ini adalah biasa terjadi dikalangan orang pertengahan umur kerana seiring dengan usia, badan mengalami perubahan. Walaupun, sakit ini memerlukan bantuan perubatan, namun terdapat juga EO yang boleh membantu.

Helichrysum : Membantu mengurangkan bengkak dan menyokong saraf
Idaho Balsam Fir : Melegakan kelenguhan otot, sendi, tendon dan sakit belakang.
Spruce : Melegakan sakit belakang, saki saraf sciatica dan kesakitan pada tulang.
Palo Santo : Membantu mengurangkan bengkak.

Sakit otot

Sakit-sakit dan lenguh otot, boleh terjadi akibat kemalangan , trauma atau keletihan dalam melakukan kerja harian. Berikut adalah beberapa essential oil  yang boleh digunakan untuk meringankan sakit otot.

Lime, Marjoram, Roman Chamomile. Cairkan Eo dengan carrier oil  seperti minyak kelapa dara atau minyak zaitun, dan dijadikan minyak urut.



Kesemua minyak pati di atas adalah saranan untuk membantu masalah sakit-sakit yang berkaitan dengan otot dan sakit belakang. Ia boleh di cairkan dan digunakan sebagai minyak urutan, atau sapuan, dan juga boleh di diffuse  untuk  menenangkan fikiran dan emosi yang terjejas akibat sakit. Anda boleh mencuba mana-mana satu minyak pati dahulu.