Saya tak bela kucing. Kucing yang ada cuma kucing jalanan yang datang menumpang. Keluar masuk rumah dan berehat sesuka hati.
Kemudian saya perasan, kucing sudah tidak lagi masuk ke dalam ruang tamu, hanya berlegar-legar di dapur dan porch belakang. Kenapa? Satu-satunya perkara baru yang saya buat ialah, diffuse minyak pati sahaja.
Minyak pati yang digunakan.
Rupanya, setelah membaca (membaca tentang hal lain), terjumpa informasi bahawa kucing tidak menyukai bauan yang terdapat dalam campuran ini, Cuma titikkan 2 titis ke dalam diffuser, semudah itu.
Saya juga mendapat beberapa tips baru untuk mengatasi masalah kucing berak ini di post Facebook. Semuanya tips berguna. Rupanya kucing tidak suka bauan Lavender. Baru saya tahu.
Jadi, petuanya ialah Lavender dan Purification. Bancuh sedikit Lavender dalam botol penyembur, dan semburkan di kawasan yang anda tidak mahu kucing berkeliaran. Dan Purification pula digunakan untuk menghilangkan bekas tandaan kucing terutamanya kucing jantan.
Ingin mencuba?
No comments:
Post a Comment