Anak sulung saya dilahirkan secara pembedahan kerana songsang. Jadi, untu kehamilan seterusnya, saya sentiasa mengambil berat tentang isu anak songsang. Semasa hamil anak pertama, saya tiada sebarang usaha untuk membetulkan kedudukan anak, kecuali sujud banyak-banyak.
Anak kedua saya juga songsang, sehingga minggu ke 38, begitu juga anak ke 3 dan ke 4. Wah semuanya songsang? Ya. Tapi, saya lebih mengambil berat dan melakukan banyak usaha supaya bayi dapat berpusing kembali.
Kenapa anak songsang? Ya kenapa nak songsang. Perlu diketahui, pada badan seorang bayi, bahagian yang paling berat adalah kepala, dan menjadi pusat graviti bayi. Dalam keadaan yang berair, seperti didalam rahim, kepala akan secara fiziknya akan jatuh ke bawah. Tetapi, kenapa ia ke atas atau ke tepi?
Salah satu faktor utama ialah postur ibu.bayi hanya duduk ditempat sempit yang berubah dengan postur ibunya. Jadi sekiranya ibu memberi tempat yang senget, maka bayi akan ikut menyenget. Gaya hidup kita zaman sekarang, banyak menyebabkan kita slouching samada ke depan atau kebelakang, banyak duduk di kerusi dan jarang bergerak. Semua ini menyebabkan ruangan yang tidak optimum untuk bayi. Pusat gravitinya akan berubah dan bayi akan berpusing mengikut keselesaannya.
Jadi,apa nak buat? Ibu kena jaga postur badan. Postur postur postur. Setiap masa, ingat tentang postur. Duduk dengan tegak dan tidak slouching. Banyakkan berjalan. Jadikan senaman harian. Senaman-senaman ringan semasa kehamilan adalah penting. Ia membantu posisi bayi, dan menyediakan badan untuk hari besar kelak.
Antara website yang saya rekomen untuk kandungan sonsang ialah Spinning Babies. Terdapat banyak senaman ringan yang boleh dilakukan. Senaman yang ringkas tapi memberi impak yang kuat. Mengah dan semput dibuatnya.
Betulkan badan ibu, bayi akan mengikut. Usaha habis-habisan. Selagi belum bersalin, anda masih ada masa.
Senaman forward leaning inversion. cuma 30 saat sehari.
Rebozo. Teknik ibi bukan sahaja "mengangkat" bayi untuk memberi lebih ruang, tapi memberikan keselesaan yang "aaahhhh" pada ibu.
No comments:
Post a Comment