Pages

7 hak wanita di bilik bersalin

Teks : Liyana Anaqi

Debaran hari melahirkan pun tiba. Pelbagai perasaan cemas, risau dan teruja bercampur baur. Namun, ada perkara yang perlu di ketahui sebelum melangkah masuk ke hospital, iaitu hak-hak sebagai wanita semasa di dalam hospital. Setiap wanita berhak menuntut kesemua hak-hak berikut samada di hospital kerajaan atau swasta.  Oleh itu, tidak perlu gusar lagi, tidak perlu takut teraniaya lagi.

Berikut adalah 7 hak wanita di hospital :

1. Bebas dari kecederaan dan layanan buruk. Tiada sesiapa boleh membuli anda.

2. Berhak atas informasi dan pilihan tentang rawatan atau cadangan yang di berikan. Setiap pilihan yang dibuat atau ditolak wajib di hormati.  Berhak mendapat peneman, dan situasi yang sesuai  semasa bersalin.

3. Semua maklumat peribadi anda adalah sulit. Tiada sesiapa patut melanggar hak peribadi anda.

4. Berhak menerima layanan yang baik dan dihormati. Tiada sesiapa boleh menghina atau menggunakan kata-kata kesat kepada anda.

5. Berhak mendapat layanan yang setara dengan orang lain tanpa diskriminasi. Tiada yang boleh melayan anda leih buruk dari yang lain kerana ada sesuatu tentang anda yang tidak disukainya

6. Berhak mendapat rawatan perbidanan yang paling baik yang boleh ditawarkan.

7. Mendapat hak mutlak ke atas pilihan sendiri, bebas dari paksaan. Tiada siapa yang boleh memisahkan anda dan bayi  tanpa sebab dari aspek undang-undang.

Ketahui hak anda, jaga kandungan dengan rapi agar dapat mengelakkan komplikasi semasa bersalin. Kurangkan masalah semasa di hospital.


No comments:

Post a Comment