Teks : Liyana Anaqi
Hormon oksitosin adalah hormon cinta yang hanya muncul memuncak pada 3 situasi : semasa hubungan kelamin, semasa bersalin, dan semasa menyusukan anak. Ketiadaan atau kekurang hormon ini semasa ketiga-tiga situasi itu mungkin akan menyukarkan keadaan. Oksitosin menghubungkan ibu dengan orang-orang disekelilingnya.
Oksitosin dan proses kelahiran
Kenapa pentingnya oksitosin semasa kelahiran? Oksitosin adalah salah satu hormon yang berganding bahu semasa proses kelahiran. Oksitosin bertindak mengecutkan otot-otot rahim untuk menolak bayi keluar. Ia di lepaskan secara perlahan supaya badan apat merasai kontraksi secara berperingkat. Oksitosin akan dikeluarkan secara memuncak dan mendadak sewaktu di akhir penolakan bayi keluar,
Oksitosin adalah sejenis beta-endorphin yang menyebabkan kurang rasa sakit. Jadi, di saat-saat sukar proses bersalin, kesakitan melahirkan akan terasa kurang. Tambahan pula, penghasilan oksitosin yang memuncak di akhir kelahiran akan mengurangkan rasa sakit dan meransang bonding cinta ibu dan anak.
Oksitosin yang terjana semasa melahirkan juga akan memberi manfaat selepas itu, iaitu semasa menyusukan. Hormon oksitosin akan meransang pengecutan kelenjar mamary di payudara untuk penyusuan yang lancar. Malah, hormon ini juga akan membantu pengecutan rahim dengan cepat.
Kenapa perlu tahu tentang oksitosin?
Ya, kenapa perlu bersusah payah mengenali oksitosin? Oksitosin yang berharga ini amat sensitif, dan 'pemalu'. Sekiranya berada dalam keadaan yang tidak kondusif, penghasilannya akan terjejas. Seperti contoh, cahaya yang terlalu terang, kehadiran orang-orang yang tidak di kenali. Keadaan yang tidak selamat akan membuka kepada mod 'fight and flight' , badan akan menutup hormon -hormon yang selesa seperti oksitison dan menghasilkan hormon stress untuk melarikan diri. Ini akan menjadikan proses kelahiran bertambah susah dan mungkin penyusuan tidak berjaya. Oleh itu, adalah sangat penting untuk memelihara diri ibu yang sedang melahirkan dari gangguan luaran yang boleh menyebabkan penghasilan oksitosinnya terganggu.
Terdapat juga, hormon sintetik yang kerap digunakan di hospital iaitu pitocin. Pitocin adalah hormon sintetik yang menyerupai oksitosin. Namun ia masih mempunyai banyak kekurangan. Pitocin di suntik ke dalam darah, tidak seperti oksitosin yang dihasilkan di otak (hypothalamus). Oleh itu pitocin tidak sampai ke bahagian otak untuk menjana satu lagi hormon iaitu endorfin yang merupakan hormon penahan sakit semulajadi. Walaupun pitocin dapat menghasilkan kesan yang sama dengan oksitosin dalam aspek pengecutan otot rahim (kontraksi), namun ia tidak dapat memberikan kesan tahan sakit dan cinta.
Penggunaan pitocin adalah malar, tidak seperti penghasilan hormon oksitosin yang boleh meningkat dan mengurang mengikut keadaan. Peningkatan mendadak semasa saat akhir penolakan bayi, akan mencetuskan rasa cinta dan kurang sakit secara serentak. Namun aspek ini tiada dalam penggunaan pitocin. Kontraksi akan berlaku lebih lama dan panjang dengan pitocin.
Apakah faktor yang boleh meningkatkan penghasilan oksitosin?
Urutan boleh meransang penghasilan oksitosin. Urutan lembut di belakang badan akan memberikan rasa selesa. Rasa selesa dan selamat, akan memberikan isyarat untuk penghasilan oksitosin. Oksitosin juga boleh menghilangkan rasa takut. Ini amat berguna untuk menghadapi kelahiran.
Senyuman dan ketawa juga boleh menaikkan penghasilan oksitosin. Oleh itu, jagalah perasaan ibu hamil sebaiknya.
Semua orang mempunyai masa yang lama sebelum menempuh hari bersalin. Oleh itu, buatlah persediaan rapi. Jaga kesihatan dengan elok, dan ambil peduli tentang proses badan semasa kelahiran. Dengan mengetahui ilmu-ilmu ini, perasaan takut dan cemas dapat dikurangkan.
Oh ya, sekiranya anda suka coklat, ini ada berita baik. Makan coklat juga boleh memberikan kesa oksitosin.
No comments:
Post a Comment