Teks : Liyana Anaqi
Kesihatan semasa kehamilan adalah penting untuk menjamin kesihatan ibu dan anak. Antara perkara yang penting untuk kesihatan ialah senaman. Walaupun membawa perut yang berat selalu menyebabkan kita lebih suka berehat sahaja, namun senaman amat penting untuk melancarkan darah, melonggarkan sendi dan otot, dan menyediakan badan untuk hari penting iaitu hari kelahiran. Proses melahirkan adalah suatu proses yang berat dan memenatkan. Ianya seperti marathon yang tidak akan berhenti sehingga selesai bayi dilahirkan/ Oleh itu, persediaan stamina yang mantap penting untuk memudahkan proses kelahiran.
Terdapat banyak senaman yang sesuai dilakukan oleh ibu mengandung. Antara yang menjadi pilihan ibu-ibu adalah seperti yoga dan pilates. Berikut saya senaraikan 3 senaman yang saya secara peribadi lakukan.
Berjalan
Ini antara senaman yang saya tak berapa rajin, tapi suami pastikan saya berjalan setiap hari. Kami bawa anak-anak ke taman, dan saya akan berjalan laju mengelilingi taman permainan. Ini perlu dimulakan sejak awal kehamilan, supaya dapat mengumpul stamina. Mulakan dengan jarak yang dekat dan tambah sedikit-sedikit sehingga akhir kehamilan. Berjalan banyak akan membuka ruang untuk bayi turun ke rongga pelvis.
Mencangkung
Mencangkung adalah senaman penting bagi ibu hamil. Mencangkung membuka jalan untuk bayi keluar. Seperti berjalan, mencangkung perlu dilakukan secara berdikit-dikit sejak awal kehamilan. Ini akan melonggarkan otot-otot sekeliling pinggang dan pinggul, menyediakkannya ke arah porses kelahiran. Senaman mencangkung ini boleh dilakukan dari 10 kali sehari, dan ditambah sedikit-sedikit sehingga 300 kali sehari. Atau, boleh saja mencangkung sambil membuat kerja harian seperti membasuh baju atau merumput dihalaman.
Butterfly sits
Ini adalah senaman kegemaran saya. Ia boleh dilakukan bila-bila masa sahaja hatta semasa menonton televisyen. senaman ini dalam membetulkan urat saraf di sekeliling pinggul. Saya mengidap sakit-sakit pinggul semasa mengandung, dan Alhamdulillah, selepas mengamalkan senaman ini, sakit itu banyak berkurangan.
Penjagaan kehamilan adalah penting untuk mengelakkan sebarang komplikasi semasa hamil. Sekiranya komplikasi dapat dielakkan, proses bersalin yang lebih baik dan tenang dapat dicapai. Ibu dan anak akan mendapat banyak faedah dari proses bersalin yang baik.
Sekiranya anak songsang atau kedudukan yang tidak optimum, senaman-senaman yang boleh dibuat adalah senaman-senaman dari laman web www.spinningbabies.com. Kedudukan bayi didalam rahim adalah disebabkan oleh postur ibu. Postur ibu yang tidak optimum menyebabkan ruang didalam rahim yang tidak optimum seterusnya menyebabkan bayi mengikut ruangan yang diberikan oleh ibu.
No comments:
Post a Comment