Pages

Showing posts with label Laman Lestari. Show all posts
Showing posts with label Laman Lestari. Show all posts

Tetamu tidak diundang. Pastu mati pulak

 Last week, kami dikejutkan dengan sekor babi yang besar, full grown, mati kat kebun. Asalnya saya tak perasan pun ada babi kat situ. Rumput panjang. Saya dan anak, Altaf (8yo) pergi ke sungai untuk check paip air, mungkin tersumbat sebab air tak keluar di kolam. Masa jalan pergi, langsung tak perasan. Masa jalan balik, Altaf ternampak "eh babi". Kita, bila nampak babi, dia punya instict tu nak lari je 😆. Takmo tunggu dah. Nasib baik sempat toleh sekali lagi. Ohh babi yang dah mati. Tadak bau lagi masa tu, mungkin baru mati.

Dah la mati bawah pokok pulasan.

Nak di uruskan pada hari tu, hujan pulak, so takde buat apa-apa. 3 hari tak pergi kebun, dok bajet habisla bau busuk ya ampun la masa pergi nanti. Alih-alih, babi tu dah decompose habis, tinggal tulang je dah. Dalam masa 4 hari je. Terkejut gak la saya.

Tinggal tulang dah dalam masa 4 hari. Dahsyat warga hutan.

Ingatkan habis dah hal-hal babi ni, tup tup ada surprise baru. Anak babi mati betul-betul depan pintu rumah. Babi yang mati bawah pokok tu, selalu je datang sini, makan kompos. Bawak anak 11 ekor. Jangan la semua 11 ekor nak datang mati kat sini huhu.

Baru sangat mati, takde bau, tak de ulat lagi. Betul-betul tepi pintu rumah.

Saya dok bajet ni mesti ada termakan rumput beracun kat mana-mana, datang mati kat sini. Tu saya tak gemor penggunaan racun ni. Nampak macam nak matikan mahkluk perosak cam babi ni je kan. Tapi sebenarnya penggunaan racun ada banyak lagi keburukan. Cacing mati, tikus dan haiwan kecil atas dan dalam tanah mati. Sedangkan haiwan-haiwan ni la yang nak menambah baik kualiti tanah kita. Habis semua.

Alternatif kepada racun berbahaya ni, maybe boleh consider nak baca tentang JADAM dan KNF. Boleh search ya

Liyana Anaqi




Penapis air menggunakan arang.

 Saya amat berminat untuk menyediakan air bertapis yang selamat untuk rumah saya, yang bersumberkan dari air yang berada di sekeliling rumah saya. Saya dah lama follow Jon Jandai dari PunPun Thailand. Beliau ada menyediakan ara untuk penapisan air mentah untuk kawasan PunPun.


Air mentah untuk kawasan Jon di utara Thailand adalah berasal dari kawasan takungan air di atas bukit. Limpahan air dari takungan itu, di salurkan dalam parit kecil, yang melalui kawasan Jon. Sebelum sampai ke kawasan Jon, parit ini melalui sekurang-kurangnya 50 kebun sayur yang menggunakan bahan kimia keras sebagai baja dan racun. Apabila hari hujan, sisa kimia akan kembali ke parit, dan sampai kepada Jon. Jadi air yang sampai ke kebun Jon adalah sangat tercemar. Tidak layak di buat minum dan urusan seharian. Jon dan rakannya come up dengan method penapis air menggunakan arang, untuk menapis keluar kotoran, bahan kimia dan bakteria dari air tersebut

Hasil tapisan tersebut, telah di hantar untuk test, setiap 2 bulan selama 3 tahun, ke makmal, dan ianya di verified bebas bahan kimia, bebas bakteria. Dan kini 2021, dah hampir 20 tahun mereka menggunakan penapis air yang sama. Ia hanya perlu diselenggara sekali sekala untuk hasil yang mantap.

Dalam post ini saya compilekan resources, untuk kita senang buat penapis yang sama untuk kegunaan keluarga. Sumber air mentah yang boleh digunakan ialah, air sungai (walaupun tercemar), air tadahan hujan, air tasik. Air masin belum ada teknologi simple nak tapis.

Pengenalan kepada sistem penapis air biochar/arang


Penerangan bahasa inggeris

Penerangan oleh Jon Jandai


Di sini saya kongsikan dia punya printable resources



Jon Jandai joint venture dengan AQSolution.org. Boleh visit website derang untuk more info