Pages

Showing posts with label DIY. Show all posts
Showing posts with label DIY. Show all posts

Penapis air menggunakan arang.

 Saya amat berminat untuk menyediakan air bertapis yang selamat untuk rumah saya, yang bersumberkan dari air yang berada di sekeliling rumah saya. Saya dah lama follow Jon Jandai dari PunPun Thailand. Beliau ada menyediakan ara untuk penapisan air mentah untuk kawasan PunPun.


Air mentah untuk kawasan Jon di utara Thailand adalah berasal dari kawasan takungan air di atas bukit. Limpahan air dari takungan itu, di salurkan dalam parit kecil, yang melalui kawasan Jon. Sebelum sampai ke kawasan Jon, parit ini melalui sekurang-kurangnya 50 kebun sayur yang menggunakan bahan kimia keras sebagai baja dan racun. Apabila hari hujan, sisa kimia akan kembali ke parit, dan sampai kepada Jon. Jadi air yang sampai ke kebun Jon adalah sangat tercemar. Tidak layak di buat minum dan urusan seharian. Jon dan rakannya come up dengan method penapis air menggunakan arang, untuk menapis keluar kotoran, bahan kimia dan bakteria dari air tersebut

Hasil tapisan tersebut, telah di hantar untuk test, setiap 2 bulan selama 3 tahun, ke makmal, dan ianya di verified bebas bahan kimia, bebas bakteria. Dan kini 2021, dah hampir 20 tahun mereka menggunakan penapis air yang sama. Ia hanya perlu diselenggara sekali sekala untuk hasil yang mantap.

Dalam post ini saya compilekan resources, untuk kita senang buat penapis yang sama untuk kegunaan keluarga. Sumber air mentah yang boleh digunakan ialah, air sungai (walaupun tercemar), air tadahan hujan, air tasik. Air masin belum ada teknologi simple nak tapis.

Pengenalan kepada sistem penapis air biochar/arang


Penerangan bahasa inggeris

Penerangan oleh Jon Jandai


Di sini saya kongsikan dia punya printable resources



Jon Jandai joint venture dengan AQSolution.org. Boleh visit website derang untuk more info






Laundry Comrad baru, portable wahing machine


Meet our new laundry comrad.
Kesahnya, kat rumah baru ni, ada air bukit aje. So our automatic washing machine takleh pakai. Don't ask me why. Tatau. We try connecting banyak kali tapi dia tanak jalan gak.
Buying a new semi auto wm is not an option ($$ dan tadak tempat simpan dan tak praktikal ada 2 wm). Jadi saya decide beli this portable wm. Lain kali jenjalan boleh la bawak kan.

Verdict.
🔥 motor is powerful. Rasa macam nak tercampak dengan baldi tu skali.
🛁 need bigger container. Kena beli besen besar skit untuk baju. Ni test cloth diaper, cun. 🤓 I love the part we can rinse as many times we want. Selagi nampak kotor, boleh repeat.
🧚‍♀️ just nice untuk basuh kain buruk, pengelap kaki atau mana2 small load yang rasa takmo basuh semesin dengan baju.

Where to buy :
Ko tanya layen. Harus la Shopee 😆
Harga dalam RM130++





Update: Selepas seminggu, saya dah tukar baldi tu kepada besen besar. Lebih mudah skit

DIY bekas pensel warna

Teks :Liyana Anaqi

Apabila ada anak-anak di rumah, tidak boleh lari dari adanya pensel warna. Lama saya berfikir, bagaimana mahu menguruskan pensel warna anak-anak. Saya perhatikan mereka suka menggunakan hanya satu atau dua warna sahaja. Mana warna yang lain, kenapa tidak digunakan. Selama ini, semua pensel warna disimpan di dalam satu besen sahaja, bercampur-campur. Saya fikir, kena ada cara lain supaya anak-anak mudah melihat dan mencapai pensel warna.

Saya mulai mencari idea di internet, ada beberapa bekas pensel warna DIY yang saya suka. Seperti dibawah:
Nampak kemas dan tersusun, warna-warna dibahagikan mengikut jenis, mudah dilihat dan di ambil. Bekas di atas cuma menggunakan 'paper roll' tisu dapur. Cuma, pensel warna anak-anak banyak yang pendek, mesti yang pendek akan jatuh ke bawah dan sukar di capai.

Saya jumpa pula seperti di bawah ini. Cantik, dan kemas. Semua pensel, tidak kira panjang dan pendek, senang dilihat dan diambil. Cuma, masalahnya, saya jarang membeli minuman atau susu dalam botol plastik. Saya tiada bahan untuk ini. Design nya saja saya suka.


Setelah di belek timbunan barang-barang kitar semula saya, saya berpuas hati dengan kotak minuman sahaja. Kotak minuman di bahagi kepada dua bahagian dan di lekatkan bersama-sama. 


Siap!. Mudah dan tiada kos. Walaupun rupanya kurang cantik berbanding dua design yang saya jumpa di internet, tetapi saya sudah berpuas hati. Anak-anak saya lebih bersemangat menggunakan pelbagai warna, bagai baru terjumpa warna-warna baru. Nanti, bila cukup botol plastik, boleh di DIY lagi ya.