Kali ini, saya cuba tanam bawang dengan kaedah hydropot, sebab malas siram 2 kali sehari. Hydropot adalah sistem pasu 2 lapis, di bawah ada air baja, dan di bahagian atas ada media penanaman, selalunya kita guna cocopeat sahaja.
Apa yang perlu di buat ialah, potong bawang melintang, potong separuh. Kemudian letak bawang tu separas dengan media tanaman. Kemudian basahkan media, tanpa membasahkan bawang tersebut. Kemudian dah boleh tinggal. Seminggu atau dua minggu sekali, sila check kandungan air baja di bawah.
Bebawang saya yang tiba-tiba penyek hari ni
Rupanya ada mahkluk yang bertenggek di atas. Ni nak kena gulai ni.
No comments:
Post a Comment