Pages

Self Watering Container.

Satu sistem pengairan untuk pokok berpasu (potted plants). Kaedah ini sesuai untuk pokok buah (limau, tomato, terung). pokok bunga dan sayuran. Tidak lagi perlu menyiram pokok setiap hari, cuma perlu siram sekiranya air dalam simpanan habis. Tak perlu bimbang lagi jika tidak sempat menyiram.

Pokok betik dan pokok limau dalam pasu SWC

Idea SWC adalah seperti berikut. Saya doodle saja ya, harap boleh faham :)
Batu kerikil di dasar pasu bertindak sebagai simpanan air, Tong plastik pula adalah untuk memaksimumkan simpanan air (reservoir) tanpa ada bendasing. Air akan menyerap sedikir demi sedikit untuk memastikan tanah di bahagian atas sentiasa dalam keadaan lembab, seterusnya memberi bekalan air kepada pokok. Pasu hendaklah tidak berlubang supaya dapat menakung air. Lubang overflow perlu di buat supaya air yang berlebihan semasa penyiraman atau hujan, dapat mengalir keluar. Ini akan menyelamatkan akar pokok dari terendam di dalam air dan membusuk. Bagi pasu besar, paip PVC perlu supaya simpanan air boleh 'bernafas' ( pengliran oksigen untuk air dan akar pokok).

Jom, langkah demi langkah SWC pot.

Pertama, sediakan tong plastik. Kali ini saya gunakan tong minyak 5L. Kerat kepada 2 bahagian, boleh guna untuk 2 SWC pot. Lubang-lubangkan  sisi botol supaya air boleh lalu dengan senang.

Saya guna besi BBQ, panaskan dan cucuk lubang.

Kemudian, sediakan pasu. Lubangkan sisi pasu, untuk ruang overflow. Dan simenkan dasar pasu yang berlubang.


Tunggu simen kering, baru boleh teruskan ke langkah seterusnya

Letakkan pasu di tempat yang sesuai. Masukkan tong plastik, dan isikan batu kerikil. Boleh guna apa sahaja jenis batu-batu. Saya guna batu buangan pembinaan dan jubin lantai terpakai, dipecah-pecahkan kepada saiz kecil. Jangan lupa paip pvc untuk 'bernafas' ya



Isikan tanah yang sesuai. Gunakan kompos juga untuk tanaman yang sihat.

Siap. Bolehlah ditanam pokok-pokok yang disukai. Mulakan siraman pertama sehingga air melimpah keluar dari lubang overflow. Ini menandakan air sudah penuh dalam simpanan reservoir. 
Selamat berkebun.

Pokok limau yang tumbuh di kompos, dipindahkan ke SWC pot.




No comments:

Post a Comment