Pages

8 tips membawa anak kecik menaiki tren jarak jauh.

Teks : Liyana Anaqi

Anak-anak kecil (dan besar) memang suka dengan ketapi dan tren. Bersinar mata apabila ternampak tren melintas. Seronok bila boleh membawa anak-anak ke trip menaiki tren jarak dekat. Tetapi bagaimana pula dengan trip jarak jauh?


(imej Berita Harian)

Di sini saya kongsikan lapan (8) tips untuk perjalanan tren jarak jauh.

1. Sediakan tiket sedari awal. Simpan di tempat selamat. Sekiranya anda ingin menempah secara online, anda boleh menempah di laman web KTM (https://intranet.ktmb.com.my/e-ticket/login.aspx) atau di Easybook (www.Easybook.com). Cetak awal-awal dan simpan.

2. Sediakan pakaian lebih awal. Pilih bagasi yang sesuai dan mudah dikendalikan. Seperti contoh, bagpack untuk perjalanan singkat, dan beg beroda untuk perjalanan yang lebih lama. Elakkan dari menggunakan banyak beg kecil-kecil, ini adalah untuk mengelakkan tercicir.

3. Adalah bijak untuk menyediakan satu beg kecil seperti diaper bag, untuk menyimpan sepersalinan baju anak-anak kecil untuk kegunaan dalam perjalanan. Sediakan juga ubat-ubat kecemasan jika perlu. Tuala kecil, sapu tangan, plastik juga perlu di bawa.

4. Kenakan pakaian yang selesa. Pakaian dari material cotton yang menyerap peluh adalah paling sesuai. Pakaikan pakaian yang selesa untuk anak-anak. Gunakan kasut untuk anak-anak berbanding selipar untuk elak tercicir selipar.

5.  Sekiranya anda adalah pengguna babywear, inilah masa paling sesuai untuk digunakan. Bawa anak di badan lebih memudahkan perjalanan di tempat sesak. Sekiranya membawa stroller, gunakan stroller yang ringan dan mudah di bawa dan disimpan.

6. Sediakan kudapan dan air yang mencukupi. Perjalanan tren yang jauh dan lama akan menyebabkan anak cepat haus dan lapar. Tambahan pula yang banyak berceloteh bercerita tentang apa sahaja yang diperhatikan di luar tingkap. Sekiranya perjalanan anda mengambil masa makan tengah hari atau malam, kenal pasti kantin dalam tren untuk membeli makanan. Ingat, kantin akan ditutup apabila menghampiri destinasi terakhir. Sila beli makanan sekurang-kurangnya, satu jam setengah sebelum masa dijangka tiba.

7. Sediakan hiburan dan aktiviti untuk anak-anak. Mungkin anda boleh menyediakan kertas kerja lebih awal (boleh di muat turun dari internet mana-mana kertas kerja berkaitan dengan keretapi).

8. Berdoa banyak-banyak dari awal perjalanan sehingga akhir supaya di permudahkanNya. Nikmati pengalaman baru dengan anak-anak. Bila ibu bapa gembira, anak akan ikut gembira.

Ke empat-empat anak saya dengan kerenah masing-masing atas tren.

Jangan lupa, setibanya di destinasi anda, usahakan supaya anak-anak mandi dahulu sebelum tidur, ini dapat mengelakkan mereka 'tantrum'. Anda juga mungkin mahu mencuba beberapa cara lain untuk membantu menghilangkan keletihan seperti urutan dan penggunaan minyak pati.

Semoga dengan tips-tips ini, anda sekeluarga dapat bergembira diatas tren menuju destinasi.



No comments:

Post a Comment