Pages

Jungle School (bahagian 1)

Teks : Liyana Anaqi

Minggu lepas (6 Ogos 2016), kami telah menghantar anak-anak lelaki kami ke Jungle School. Program mengenal hutan yang dirancang oleh seorang rakan. Program akan berlangsung setiap Sabtu, sebanyak empat kali.

Anak-anak nampaknya teruja dengan program ini. Mereka belajar menggunakan parang, belajar menghidupkan api, dan memasak di dalam hutan.

Biar gambar berbicara

Mencari buluh untuk menghidupkan api dan memasak.

Raut buluh halus-halus untuk dijadikan umpan menghidupkan api. Semua seronok guna parang.

Tunjuk ajar menghidupkan api. Tok Ketua menghidupkan api sambil bercerita tentang sejarah Orang Asli.

Daun bemban di isi beras dan dilipat-lipat seperti lepat, sebelum di masukkan ke dalam buluh. Rebung di basuh dan di rebus untuk menghilangkan pahit

Sedia di bakar

Hidangan tengah hari. Ayam bakar nampak sedap

Memang sedap menjamu selera bila sudah letih.

Semasa mencari buluh, terjumpa seekor penghuni hutan. Jangan di kacau ular tu.

Semasa perjalanan balik, riuh mulut Asyraf dan Aqeef bercerita tentang "sekolah" mereka hari itu. Semua tak sabar menunggu Sabtu minggu ini pula








No comments:

Post a Comment