Update dari Teratak Anaqi a.k.a Rumah Kebun. Nama kebun ni belum la di finalize lagi. Tapi dah menjadi favourite place anak-anak. Alhamdulillah. Ada space untuk diorang berlari dan bermain, dan ada anak sungai untuk mandi. Insyallah slow-slow saya berhajat nak jadikan Teratak Anaqi sebagai self sustain farm.
Beberapa minggu lepas, kami ada visitor. Puppy kecil ni jadi teman main budak-budak sekejap. Saya ingatkan dia nak stay dan jadi anjing kebun, tapi tak, dia berjalan gi tempat lain.
Dalam kebun, ada penghuni baru iaitu ayam serama. 4 ekor ayam serama yang comel dan jinak. Seronok la ditangkap dan dibuat main hehe.
Depan rumah, ada kolam ikan, hari-hari la derang ni main tangkap ikan, kemudian lepas balik. Dalam kolam ni dah sedia ada ikan tilapia, tengas dan ikan ara. Insyallah akan ditambah lagi ikan-ikan jenis lain.
Saya suka sangat pic ni. Comel je la budak-budak ni
Hari ini parcel saya sampai. Saya beli benih lagi 😑. Masa add to cart di Shopee, best je add. Alih-alih dah banyak. Harap-harap semua ni menjadi ditanam.
Insyallah selepas ni, saya update lagi tentang rumah kebun.
Ada yang tanya saya macam mana nak tanam padi. Pertamanya nak kena letak disclaimer dulu.
1. Saya bukan petani. Apetah lagi penanam padi . Saya cuma ada minat aje bertani.
2. Setakat ni, yang saya buat, cuma percubaan tanam padi. Dah lama tak tengok padi depan mata.
Dalam banyak2 tanaman, saya teringin tanam padi. Padi sawah, dan padi bukit. Hari ni saya cerita pasal padi sawah je la dulu.
Saya beli benih padi di Shopee. Boleh search "benih padi". Beli yang local. Supaya senang tanam sesuai dengan iklim kita.
Dia punya instructions senang.
1. Semai/tabur padi dalam pasu atau container.
2. Siram hari2 selama 10 hari.
3. Pindah ke tapak atau tempat menakung air.
4. Isi air sehingga at least 1 inci dari tanah.
5. Pembajaan setiap 10 15 hari.
6. Boleh dituai selepas 100 hari.
Dapat dapat aje benih, saya yang excited, terus tabur dalam pasu. Membesar tak? Ye membesar, tapi macam tak sihat aje. Dibawah ni adalah padi yang saya tabur dalam pasu. Pasu ni beli dari kedai eco aje. Dia tidak menakung air. Agak susah. Sebab bila dia besar sikit, dia perlu air banyak, asyik kena siram.
Di bawah ni pula adalah buah dari padi dalam pasu di atas. Walaupun tak sihat, ia tetap mengeluarkan buah.
Ingatkan tanak berbuah. ada gak buah
Selepas rasa macam "gagal" tanam dalam pasu, saya tanam dalam besen. Mula2 saya buat 5 lubang sebesen, Tapi jadi crowded jugak. Jadi saya buat satu pasu, satu lubang aje. Dalam setiap lubang, bubuh 3-5 biji padi
Padi akan bercambah selepas 10 hari. Siram sikit sahaja dalam fasa ini. Asal lembab aje tanah. Selepas naik setinggi ini, dah boleh pindahkan ke kawasan yang tidak berbumbung, dan penuhkan dengan air.
Padi 3 minggu dan 4 minggu
Selepas saya cuba 5 lubang tu, rasa crowded, saya bubuh satu lubang aje per besen. (oo besen ni dari eco jugak). Nampak lebih sihat dan gemuk. Harap harapnya berhasil la
Ini 6 minggu dan 8 minggu rasanya.
Gambar di atas ni yang saya kata bubuh 5 lubang per besen. Nampak crowded kan.
Jadi, moh la ramai-ramai kita cuba tanam padi. Kalau dalam besen, rumah kat bandar pun boleh join try tanam.
Apa nak buat jika terbeli telur dengan banyak, tapi tak cukup nak simpan dalam peti sejuk. Atau ayam peliharaan bertelur dengan banyak. Nak simpan semua dalam peti sejuk, lama kelamaan telur akan mengering juga.
Di Barat, masyarakat tradisional menggunakan kaedah "water glassing" untuk menyimpan telur. Ayam-ayam mereka akan bertelur dengan banyak pada musim bunga, namun tidak bertelur pada musim sejuk. Jadi mereka menggunakan kaedah ini untuk menyimpan telur untuk kegunaan musim sejuk kelak.
klik gambar untuk melihat post asal
"Water glassing" bukanlah proses untuk membuat telur asin. Telur yang di simpan tidak akan menjadi masin. Ia akan kekal jadi telur macam biasa sahaja. Bila nak guna telur, hanya perlu ambil bilangan telur yang diperlukan dari bekas, cuci dengan air biasa, dan terus guna macam biasa.
Bagaimana nak "water glassing"
Hanya 2 bahan yang diperlukan dalam "water glassing" iaitu air dan pickling lime. Pickling lime ni bukan limau kasturi ya, tapi sejenis kapur. Lime yang digunakan perlulah food grade, ada lime untuk pertanian ya kawan kawan. Jadi masa nak beli tu baca elok-elok.
Pickling lime atau hydrated lime bukanlah bahan kimia yang menakutkan. Secara tradisional, ia dihasilkan dengan membakar cengkerang haiwan, dan di rendam di dalam air, itu lah yang menyebabkan namanya hydrated.
Contoh pickling lime untuk water glassing.
Ratio bancuhan air water glassing ialah 1 liter air dan 250g pickling lime.
Hanya perlu bancuh dengan air pada suhu bilik, dan sehingga larut. Bancuhan akan berwarna seperti susu. Kemudian boleh masukkan telur. Larutan lime boleh di bancuh banyak, dan di isi di dalam bekas simpanan. Telur boleh di tambah setiap hari apabila dapat telur baru. Apabila bekas simpanan telah penuh, boleh buat satu lagi larutan lime dan mulakan bekas yang baru. Tutup bekas simpanan untuk mengelakkan larutan dari mengering. Simpan ditempat yang tidak terkena matahari direct, dan tidak panas. Tidak perlu simpan dalam peti sejuk.
Telur perlulah fresh dan tidak dibasuh.
Telur yang mahu disimpan dengan cara ini perlulah telur segar, telur yang dikutip pada hari ini atau semalam sahaja. Dan ianya tidak boleh dibasuh. Sekiranya telur dibasuh, ia akan membuka liang pori pada permukaan telur, dan larutan lime akan meresap masuk ke dalam telur, dan mengakibatkan telur rosak dan busuk. Sekiranya telur kotor, hanya berus lembut untuk menghilangkan kotoran. Larutan lime tidak akan meresap masuk kedalam telur sekiranya lapisan luaran telur tidak terganggu. Oleh itu, cara ini tidak boleh di buat dengan telur yang di beli dari supermarket dan pemborong telur. Kena pastikan telur yang ingin disimpan adalah segar dan tidak dibasuh.
Guna semula telur yang telah disimpan lama.
Apabila tiba masa nak menggunakan telur, apa yang perlu dibuat adalah keluarkan bilangan telur yang diperlukan, dan cuci dengan air untuk menghilangkan larutan lime dipermukaan telur untuk mengelakkan ia masuk kedalam masakan. Telur ini boleh digunakan seperti biasa sahaja. Di bawah ini adalah video perbandingan telur yang telah di simpan setahun dan telur yang baru.
Lagi video tentang water glassing
Water Glassing Eggs : Preserve Your Eggs for Winter
Old Fashion egg preservation update : 8 months later
Nota saya : secara peribadi, sekiranya anda mempunyai ternakan ayam sendiri, di Malaysia, mungkin egg preservation tidak la terlalu penting. Ini kerana, ayam akan bertelur sepanjang tahun. Namun sekiranya anda ingin menyimpan telur ayam kampung untuk kenduri atau raya, yaaaaa sila guna teknik ini.
Bagaimana nak diy hydrated lime. Kita sembang di post lain :-)
Saya punya compost tower terbalik. Compost tower ni, dibuat dengan jaring plastik dan di ikat dengan twist tie aje. Saya kumpulkan rumput yang di tebas oleh suami saya dan masukkan dalam tower ni. Nanti dia dah mereput semua, dah jadi macam tanah, boleh dibuat medium semaian yang subur.
Berat rupanya,walaupun rumput aje. Saya tak boleh nak angkat terus bagi tegak. Kena gali dulu dengan cangkul kecil, keluarkan semua rumput ini baru boleh tegakkan semula tower.
Walaupun baru seminggu di kompos, bahagian dalam timbunan rumput ini terasa suam panas. Maknanya ada proses pereputan dan penguraian berlaku. Di berlakang tu, anak ke tiga saya, baru balik mandi sungai, sambung beri makan ikan di kolam.
Selepas di tegakkan semula, isi balik semua rumput yang dah separa terurai tu ke dalam tower. Hari mula saya buat tower ni, saya isi sehingga penuh. Tapi ni dah susut, maknanya ada dah yang terurai.
Hari ni pun ada menebas rumput lagi. Jadi saya isi lagi bagi penuh. Nanti, saya akan buat tower kedua, masih banyak lagi rumput yang nak di manfaatkan.
Saya ada satu tower lagi sebegini, untuk sisa dapur. Dan saya layerkan dengan daun kering. Jadi tidak la busuk. Seminggu sekali, tambah daun kering ke dalam tower sisa makanan. Lagi banyak daun kering, lagi tidak berbau. Cuba la.
Dalam masa yang sama, anak yang ketiga tadi, sempat buatkan emak rantaian bunga dengan bunga melur. Wangi semerbak.