Pages

Sistem

Teks : Liyana Anaqi.

Assalamualaikum, beri salam dulu sebelum memulakan sesi berceloteh yang panjang.

Hari ini, saya berfikir panjang mengenai sistem. Y, saya tahu semua perkara ada sistemnya sendiri. Tapi, saya juga berfikir, adakah sistem-sistem ini betul-betul memberi manfaat kepada manusia?

Sistem yang tidak bernasib baik hari ini, yang menjadi bahan kritik Liyana Anaqi ialah, sistem sekolah. Rupanya saya telah memikirkan tentang ini sejak 2010, sebelum saya mempunyai anak sekolah lagi.

Saya selalu terfikir, kenapa sesi persekolahan perlu bermula seawal 7.30 pagi? Sedangkan sistem pekerjaan bagi orang dewasa (kecuali yang bekerja di sekolah) bermula samada pukul 8 atau 9 pagi.Kenapa anak-anak kecik semuda 7 tahun perlu "bekerja" lebih awal?

Waktu pagi adalah waktu sibuk bagi hampir semua keluarga. Waktu pagi juga merupakan waktu yang paling segar bagi otak dan paling efisyen bagi kebanyakan orang. Kenapa waktu ini perlu di sibukkan dengan pancaroba menyiapkan anak-anak yang terpisat-pisat bangun tidur.

Disana, sesi bermula pukul 8 sudah dikira terlalu awal, kita bermula pukul 7.30pagi. Sumber gambar


Waktu pagi, di masa masih redup dan sejuk, merupakan waktu yang paling sesuai untuk bersenam, menghafal Al-Quran atau aktiviti mental yang lain. Sayang sekali, waktu berhaga begini dihabiskan dengan benda-benda fizikal seperti bersiap ke sekolah, dan menghabiskan masa di atas kenderaan.

Kementerian Pendidikan tidak pernah putus menganjurkan kempen kesihatan fizikal seiring dengan pencapaian akedemik. Saya rasa waktu hening pagi di sia-siakan dengan permulaan sesi persekolahan yang terlalu awal (bagi pendapat saya).

Pada pendapat saya, kita terlalu menekankan aspek akedemik, dengan menekankan tempoh pembelajaran yang lama. Setiap mata pelajaran berlumba-lumba untuk membolot masa pengajaran yang lebih panjang. Sedangkan kanak-kanak akan memberi respon yang lebih baik apabila mereka gembira.

Dengan menghabiskan masa di sebelah pagi dengan ibu bapa, anak-anak akan lebih rapat dengan ibu bapa. Ini akan memupuk rasa hormat dan kasih kepada ibu bapa. Ini adalah ciri penting, kerana semakin anak-anak membesar, semakin mereka sukar menerima arahan orang lain. Jadi, sekiranya mereka mempunyai hubungan yang baik dengan ibu bapa, mereka juga akan menghormati orang lain termasuk cikgu-cikgu di sekolah. Sesi pagi yang bermula terlalu awal, menyebabkan ruang untuk berjumpa ibu bapa amat singkat. Mungkin boleh jumpa ibu kerana ibu yang menguruskan persiapan, tetapi, bapa bagaimana?

Saya lihat, di negara-negara lain, sesi persekolahan bermula lambat, anak-anak sempat bersarapan dengan sempurna dengan keluarga. Walupun nampak seperti remeh, namun ia memberi impak yang besar kepada perkembangan mental anak-anak.

Saya amat berharap sesuatu akan berubah di masa hadapan. Wallahua'lam.



No comments:

Post a Comment