Pages

Pendorong penyusuan ibu

Teks : Liyana Anaqi

Kalau saya tak susukan, anak tu lapar.
Kalau saya tak pam, anak tu lapar.
Kalau anak lapar, dia nangis.
Anak yang nangis tu anak saya.
Kenapa saya biar anak sendiri menangis?
Sayakah mak atau sayakah anak kecil?
Sayakah yang wajar berusaha atau patut dibiarkan sahaja anak itu berusaha sendiri?
Maka walaupun kerempeng, walaupun pecah gigi, walaupun nangis masa menyusu, walaupun pinggang rasa nak putus, saya tetap terus menyusu. Kerana saya mak, dia anak.

Itulah yang saya fikirkan sepanjang saya menyusukan empat orang anak. Penyusuan ibu bukanlah suatu yang mudah, ya di akui,; tetapi juga bukan suatu yang susah. Dengan azam dan tekad yang betul, Insyallah sesiapa sahaja boleh menyusukan anak sendiri.

Seperti orang lain, saya juga menghadapi liku-liku cabaran dalam penyusuan. Saya cuma tahu perlunya penyusuan eksklusif selama 6 bulan hanya 2 minggu sebelum bersalin anak pertama. Walaupun ada tersadung di peringkat permulaan, namun masih berjaya saya susukan anak pertama sehingga 3 tahun.

Saya melahirkan anak pertama dan kedua melalui pembedahan, dan saya mempunyai alahan kepada ubat tahan sakit rupanya. Ubat tahan sakit menyebabkan susu saya berkurangan. Saya mengetahui perkara ini bertahun-tahun selepas menjadi ibu. Saya perhatikan tindakbalas badan dengan setiap benda yang melepasi mulut saya. Namun ini tidak saya ketahui semasa baru bersalin, jadi saya beranggapan, semua orang susah pada permulaannya, dan saya berusaha sehabis baik untuk menyusukan anak. Ya memang perit, pedih dan susah. Tapi di hadapkan jua.

Mungkin saya kecewa dengan proses kelahiran anak melalui pembedahan, maka saya berhempas pulas 'membayar' harga kegagalan saya bersalin normal dengan memastikan anak-anak saya mendapat haknya, iaitu susu ibu. Mungkin. Saya begitu protektif dengan anak-anak.

Setelah beberapa tahun menyusukan, saya berpendapat penyusuan ibu ini cuma memerlukan sedikit azam ibu, dan kurangkan berfikir benda-benda negatif yang mungkin iya mungkin tidak berlaku.

Sekiranya ibu berkerja, fahamkan suami tentang hasrat kita. Sebagaimana itu anak kita, dia anak suami juga. Jangan malu meminta tolong dan membahagikan tugas. Saya juga pernah bekerja dan memerah susu, Alhamdulillah suami banyak membantu dalam pengurusan susu perahan, dan juga kerja rumah supaya saya tidak terlalu penat.

Kini, saya masih menyusukan anak ketiga, 2 tahun 6 bulan, dan anak keempat setahun 5 bulan. Penat? Ya. Seronok? Ya. Bila mahu berhenti? Entahlah, selagi mereka masih mahu.

No comments:

Post a Comment